Arab Saudi Dedah ‘Wajah’ Wanita Nabataean Berusia 2000 Tahun

Wajah Wanita Nabataean 2000 Tahun

Arab Saudi Dedah ‘Wajah’ Wanita Nabataean Berusia 2000 Tahun

Arab Saudi baru-baru ini telah mendedahkan wajah wanita purba Nabataean setelah melalui proses rekonstruksi yang memakan masa bertahun-tahun oleh ahli sejarah dan arkeologinya.

Wajah berkenaan dibina berdasarkan model mayat Hinat, iaitu seorang wanita Nabataean yang ditemui pada 2015. Jasad

Dibiayai oleh Jawatankuasa Diraja Al-Ula, proses rekonstruksi berkenaan difahamkan telah bermula sejak 2019 di United Kingdom.

Sekumpulan pakar sejarah dan ahli arkeologi memulakan proses tersebut dengan mengumpul dan menyusun semula tulang-temulang yang ditemui di kubur tersebut. Kemudian, mereka menggunakan data anthropological dan archaeological untuk melakar semula wajahnya.

Wajah wanita Nabataean berusia 2000 tahun

Manakala proses seterusnya melibatkan penggunaan teknologi pencetakan 3D untuk ‘menghidupkan’ kembali wajah Hinat.

Wajah wanita tersebut akan dipamerkan di lokasi di Hegra, yang dibuka sebagai Tapak Pelancongan Arkeologi pada 2020.

Kini menjadi Tapak Warisan Dunia UNESCO, Hegra suatu masa pernah menjadi lokasi penting yang didiami oleh komuniti Nabataean.

Tamadun Arab Kuno berusia 2,000 tahun

Orang-orang Nabataean adalah tamadun Arab Kuno yang mendiami utara Arab dan Levant sekitar 2,000 tahun dahulu. Bandar Purba Petra di Jordan adalah ibu kota kepada tamadun ini. Ia menjadi lokasi hub perdagangan antarabangsa melibatkan pelbagai komoditi seperti rempah ratus, ubat-ubatan dan juga fabrik. Aktiviti ekonomi ini dipercayai dikuasai dan dikawal selia oleh Nabataean.

Tamadun ini tidak meninggalkan sebarang rujukan teks yang signifikan menceritakan sejarahnya. Manakala informasi mengenai Nabataen hanya diketahui melalui ukiran-ukiran pada kubur atau melalui aktiviti arkeologi di seluruh Timur Tengah.

”Orang-orang Nabataean sedikit misteri. Banyak maklumat tentang mereka tetapi sedikit yang kita ketahui melalui teks kerana mereka tidak mempunyai banyak rekod bertulis,” kata salah seorang ahli arkeologi yang terlibat, Laila Nehme.

Jadi, mereka amat bergantung kepada ukiran-ukiran yang ditemui pada kubur melalui aktiviti arkeologi untuk membongkar misteri Nabataean.

Bagaimanapun, sesetengah ahli arkelogi luar sedikit skeptikal dengan wajah Nabataean yang didedahkan baru-baru ini. Mereka berpendapat, terdapat beberapa bahagian tidak saintifik dikesan pada wajah rekonstruksi berkenaan.

BACA: Tangki Air 20 Tahun Tak Cuci, Karat Besi Macam ‘Batu Karang’

Sumber: CNN

The post Arab Saudi Dedah ‘Wajah’ Wanita Nabataean Berusia 2000 Tahun appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*