Pengalaman Mutawif Jumpa ‘Jemaah Yang Terasing’ Buat Diri Berfikir Sejenak

mutawif jemaah terasing

Pengalaman Mutawif Jumpa ‘Jemaah Yang Terasing’ Buat Diri Berfikir Sejenak

Ghuraba adalah satu istilah bahasa Arab yang bermaksud orang asing secara literal. Istilah ghruba ini popular apabila pengunaannya dalam salah satu sabda Rasulullah S.A.W.

Dari Abu Hurairah, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

بَدَأَ الإِسْلاَمُ غَرِيبًا وَسَيَعُودُ كَمَا بَدَأَ غَرِيبًا فَطُوبَى لِلْغُرَبَاءِ

“Islam datang dalam keadaan yang asing, akan kembali pula dalam keadaan asing. Sungguh beruntungnlah orang yang asing” (HR. Muslim no. 145).

Selain itu,  Al Qadhi ‘Iyadh telah mengemukakan makna hadis di atas seperti yang disebutkan oleh Imam Nawawi,

أَنَّ الإِسْلام بَدَأَ فِي آحَاد مِنْ النَّاس وَقِلَّة ، ثُمَّ اِنْتَشَرَ وَظَهَرَ ، ثُمَّ سَيَلْحَقُهُ النَّقْص وَالإِخْلال ، حَتَّى لا يَبْقَى إِلا فِي آحَاد وَقِلَّة أَيْضًا كَمَا بَدَأَ

“Islam dimulai dari segelintir orang dari sedikitnya manusia. Lalu Islam menyebar dan menampakkan kebesarannya. Kemudian keadaannya akan surut. Sampai Islam berada di tengah keterasingan kembali, berada pada segelintir orang dari sedikitnya manusia pula sebagaimana awalannya. ” (Syarah Sahih Muslim, 2: 143)

Secara umumnya, golongan yang hanya fokus untuk mengabdikan diri kepada Allah S.W.T dan mengetepikan hal duniawi yang dilihat semakin kelihatan asing dalam kalangan masyarakat.

Hal ini jelas apabila segelintir ahli masyarakat lebih cenderung untuk menghabiskan masa di dunia maya dengan kehadiran peranti-peranti canggih pada masa ini.

Oleh sebab itu, ia menjadi satu kebiasaan buat para mutawif melihat para jemaah mengambil gambar di kedua-dua masjid suci ketika berada sana.

Sungguhpun begitu, salah seorang mutawif dikejutkan dengan personaliti seorang jemaah yang kelihatan lain dari yang lain.

Menerusi Facebook, Farhan Ismail telah berkongsi pengalamannya bertemu dengan seorang ‘jemaah yang terasing’, yang mana pengalaman tersebut telah mebuatkannya berfikir sejenak.

Berikut adalah perkongsian daripadanya:

Pengalaman admin menjaga jemaah di Madinah. Antaranya menjaga jemaah yang datang dari ‘kampung’. Penoreh getah, petani yang mengerjakan sawah padi. Berumur 60 tahun ke atas.

Jemaah macam ni selalunya simpan duit bawah bantal atau dalam tin biskut. Cukup tiga hingga empat tahun, dia akan jumpa ustaz yang dia percaya.

“Ustaz, cek nak gi umrah.”

Jemaah ‘kampung’ selalunya buta IT. Beli telefon pun semata-mata nak buat Nusuk, iaitu satu aplikasi rasmi untuk urusan haji dan umrah).

Kalau tak kerana Nusuk, dia akan pakai Nokia pattern 3310. Asal boleh jawab telefon dari anak-anak.

Jemaah ‘kampung’ ni paling ‘merisaukan’. Sebab bila admin tanya, “Pak cik ada masalah tak?”

Dia cakap semua okey. Makan okey, hotel okey. Semua okeyyyyyyy.

Dia pergi umrah tanpa ada sekeping gambar pun depan kubah hijau, Masjid Nabawi atau pun Kaabah. Sebab apa?  Sebab dia tak tahu nak guna kamera atau dia malas nak ambil tahu.

Yang dia tahu, setiap lima waktu dia pergi masjid solat jemaah. Ada ziarah dia ikut sahaja. Waktu makan, dia makan. Waktu rehat, dia rehat. Waktu ibadat,  dia ibadat.

Pernah satu ketika jemaah macam ni hilang. Tak balik ke hotel. Admin yang baru nak makan terus kena simpan balik makanan. Terus bersama petugas cari pak cik tersebut.

Rupa-rupanya selipar dia hilang. Dia lupa nak cari pintu keluar. Nak bagitahu dalam group Whatsaap pun dia tak tahu. Mujur kawan sebilik bagitahu yang dia tak balik.

“Pak cik kerja apa?”

“Toreh getah.”

“Berapa kali dah pergi umrah?”

“Tiga kali.”

MashaAllah. Tergamam admin dibuatnya. Kita yang rasa kita terpaling berduit, terpaling mengikut aras semasa tapi orang kampung yang buta IT, buta teknologi dah tiga kali pergi umrah.

Dia pergi umrah memang semata-mata kerana Allah SWT. Niat nak ibadah. Niat nak cari redha Allah SWT.

Tapi, kita pergi umrah terkadang Allah SWT uji dengan perasaan nak menunjuk pada orang sekeliling. Allah uji dengan rasa memiliki. Kita rasa serba serbi tak cukup.

Ada sampai satu ketika kita pergi umrah semata-mata nak promosikan produk kita dengan bergambar depan Kaabah.

Admin terpukul dengan jemaah dari ‘kampung’. Admin gelarkan mereka sebagai jemaah yang terasing, ‘Ghuraba’.

Moga-moga Allah SWT jentik hati kita. Untuk menjadi jemaah yang terasing agar nikmat dan kemanisan umrah benar-benar berada di dalam kantung hati kita dan segala amal ibadah kita kerana Allah SWT semata-mata.

BACA: Ini Cara Mudah Semak Status Permohonan STR 2024

Sumber: Farhan Ismail via Facebook

The post Pengalaman Mutawif Jumpa ‘Jemaah Yang Terasing’ Buat Diri Berfikir Sejenak appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*