Bukan main lagi guna pembaris nak sukat air, sekali dah masak mentah nasinya

Beras kalau nak dimasak ada caranya tersendiri tambahan pula sekarang ada pelbagai jenis beras jadi sukatan air juga berbeza.

Selalunya yang di ajar mak-mak zaman dulu adalah menggunakan jari telunjuk, paras air atas beras perlu sama dengan paras beras yang diukur.

Cara ini tidak menjadi untuk semua ya, kalau guna beras basmati, anda perlu gunakan sukatan air yang sama dengan sukatan beras.

Buat lelaki ini, Azrul Amir Amir terpaksa mengajar rakannya untuk memasak nasi dengan cara yang betul.

“Sini aku nak ajar, mula-mula sukat beras dengan pembaris kemudian basuh beras tersebut.

“Kemudian sukat semula, satu sentimeter (sm) beras bersamaan dengan dua sm air,” ujarnya.

Apa yang lebih lawak apabila kawannya benar-benar mengikut apa yang diajar namun nasi yang dimasak masih juga mentah.

Seorang pengguna berkongsi tip masak nasi yang diambil sejak zaman moyangnya lagi.

“Tips masak nasi daripada nenek moyang saya lagi saya amalkan sampai sekarang.

“Kalau masak nasi, beras biasa kita sukat guna jari, tinggi beras kena sama dengan tinggi air.

“Kalau beras wangi, kena kurangkan separuh daripada tinggi beras. Mak-mak mesti fahamkan apa yang saya nak sampaikan.” komen Valk Yrie.

Baca juga: Dapat tempat kedua, The Jebats habiskan RM150,000 untuk Famili Duo

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*