Cara Nak Kesan Lokasi Kamera Tersembunyi Dalam Bilik

Cara Nak Kesan Kamera Tersembunyi

Cara Nak Kesan Lokasi Kamera Tersembunyi Dalam Bilik

Dalam beberapa bulan yang lepas, rakyat Malaysia dikejutkan dengan berita penularan kandungan lucah di bilik persalinan butik pakaian.

Kandungan tidak senonoh tersebut dipercayai dirakam menerusi kamera tersembunyi yang diletakkan oleh individu tidak bertanggungjawab.

Melalui berita ini, jelaslah bahawa kamera tersembunyi ini mampu memberikan kesan negatif kepada orang ramai terutama kepada mangsanya.

Selain daripada tujuan merakam aktiviti peribadi individu tertentu, kamera tersembunyi turut digunakan untuk tujuan pengintipan. Aktiviti harian, perbualan peribadi dan sebagainya boleh diakses oleh individu-individu luar menerusi kamera pengintipan ini.

Jadi, kali ini kami ingin berkongsi dengan anda bagaimana cara untuk mengenal pasti lokasi tipikal kamera ini disembunyikan. Antara kawasan-kawasan tersebut seperti di bilik hotel, tandas dan sebagainya.

Cara nak kesan lokasi kamera tersembunyi

Memandangkan nama peranti ini pun ‘kamera tersembunyi’, sudah semestinya ia akan diletakkan tersembunyi dari pancaindera anda.

Untuk makluman, kamera tersembunyi secara umumnya memerlukan tiga perkara untuk berfungsi dengan baik, selain memiliki saiz yang kecil.

Antaranya, lensa rakaman yang dapat merakam imej jauh dengan jelas, punca kuasa yang dapat bertahan lama dan memiliki storan dalaman ataupun memiliki sambungan internet.

Lokasi biasa yang digunakan untuk meletakkan kamera ini adalah lampu, soket, pengesan asap, televisyen dan sebagainya.

Jika kamera tersebut berada pada jam tidur, cabut punca kuasanya dan letakkannya ke dalam laci. Manakala, jika kamera tersebut berada di kawasan terbuka, pekup kawasan tersebut dengan menggunakan tuala.

Anda juga boleh mengesan kamera tersembuyi dengan menggunakan pengesan cahaya infra merah, jika kamera tersebut merupakan kamera penglihatan malam.

Cara mengesan kamera dengan menggunakan telefon pintar

Anda mungkin sudah memeriksa segala peranti dan perabot yang terdapat pada lokasi tersebut dan tidak menemui apa-apa yang meragukan.

Jika anda fikir bahawa anda sudah selamat? Tidak, kerana terdapat kebarangkalian ada lebih daripada satu peranti yang diletakkan dalam bilik anda.

Untuk memudahkan pencarian, anda juga boleh menggunakan telefon pintar untuk mengesan kamera-kamera tersembunyi yang berada dalam lokasi tersebut.

Terdapat dua cara untuk menggunakan peranti ini.

Cara pertama – Kenalpasti cahaya infra merah daripada kamera tersebut ketika merakam dalam gelap
  1. Buka kamera telefon pintar anda
  2. Pastikan bilik tersebut berada dalam suasana betul-betul gelap
  3. Imbas keseluruhan bilik tersebut menerusi lensa telefon anda dan cari apa-apa cahaya berwarna ungu atau putih
Cara kedua – sambungkan telefon anda pada Wi-Fi dan buka aplikasi Fing
  1. Mulakan imbasan kawasan sekeliling dengan menggunakan aplikasi tersebut.
  2. Setelah aplikasi tersebut selesai membuat imbasan, semak nama peranti yang tertera pada aplikasi tersebut. Sama ada ia memiliki nama seperti pengeluar kamera atau alamat IP yang ditulis sebagai ‘IP Camera‘.

Apa yang patut kita buat jika terjumpa ‘hidden camera‘ ini?

Jika anda menjumpai kamera tersembunyi di dalam tempat penginapan, anda disarankan untuk meninggalkan kawasan tersebut.

Kemudian, anda perlu melaporkan perkara tersebut pada pihak pengurusan hotel, agensi tempahan dan bahagian perkhidmatan pelanggan Airbnb.

Anda juga perlu menghubungi pihak berkuasa tempatan, jika anda merasa tidak selamat ketika berada di kawasan tersebut.

BACA: Tular Kamera Tersembunyi Di Bilik Persalinan, H&M Sahkan Dah Periksa Semua Butik Cawangannya

Sumber: Reader Digest

The post Cara Nak Kesan Lokasi Kamera Tersembunyi Dalam Bilik appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*