Bungkusan Misteri Kepada PM, Rafizi: Polis Sahkan Tiada Ekstrak Ganja Ditemui, Hanya Ubat Gigi Biasa

Bungkusan misteri kepada PM

Bungkusan Misteri Kepada PM, Rafizi: Polis Sahkan Tiada Ekstrak Ganja Ditemui, Hanya Ubat Gigi Biasa

Bungkusan yang disyaki berisi ubat gigi yang dihantar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli seperti yang tular sebelum ini didapati tidak mengandungi ganja, lapor Sinar Harian.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussien Omar Khan berkata, pihaknya telah mengesahkan bahawa kandungan yang terdapat dalam ubat gigi tersebut tidak mengandungi sebarang ekstrak ganja sebaliknya hanyalah pes ubat gigi biasa.

“Ubat gigi berkenaan mengandungi pes biasa tidak terdapat sebarang ekstrak ganja atau bahan terlarang lain.

“Keputusan ini adalah berdasarkan ujian makmal yang dijalankan,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini pada Jumaat.

Sementara itu, difahamkan bahawa pihak polis masih lagi mengesan pengirim yang menghantar kedua-dua parcel tersebut.

“Kita percaya kedua parcel ini dihantar oleh individu yang sama. Maklumat berkaitan individu ini telah diperolehi dan usaha untuk menangkap suspek sedang dijalankan,” katanya.

BACA: Kata Nak Tengok Je, 5 Punca Ramai Tak Nak Keluar Dari Tempat Ni, Normal Kalau Suami Kena Sidai

Terdahulu, media pernah melaporkan bahawa Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof telah menerima laporan pada Isnin lalu.

Laporan itu dibuat oleh Bahagian Keselamatan Pusat Pentadbiran Kerajaan Putrajaya selepas terdapat satu bungkusan atas nama dua ahli politik diterima oleh mereka.

Pejabat Kerajaan Putrajaya menerima bungkusan berisi ganja

Menurut Wan Kamarul, bungkusan itu disyaki mengandungi barang terlarang. Kerana sebelum ini sebuah pejabat kerajaan di Putrajaya pada minggu lalu menerima sebuah bungkusan.

Bungkusan tersebut dilaporkan mengandungi barang terlarang yang didakwa sebagai ganja.

Terdahulu, Siakap Keli turut melaporkan bahawa polis Sepang merampas bungkusan  disyaki ubat gigi ekstrak daun ganja.

Ia telah dialamatkan kepada dua ahli politik di sebuah syarikat kurier di Pulau Meranti, dekat sini, Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Sepang ACP Wan Kamarul Azran Wan Yusof ,berkata rampasan itu dilakukan susulan maklumat daripada laporan  seorang petugas pejabat kerajaan di sini.

Mereka menerima panggilan memaklumkan ada satu bungkusan atas nama dua ahli politik tersebut.

“Berdasarkan maklumat yang diterima, disyaki bungkusan itu mengandungi barang terlarang. Pada minggu lepas juga pejabat kerajaan tersebut menerima satu bungkusan yang mengandungi daun ganja ,” katanya menerusi kenyataan malam.

Sumber: Sinar Harian

The post Bungkusan Misteri Kepada PM, Rafizi: Polis Sahkan Tiada Ekstrak Ganja Ditemui, Hanya Ubat Gigi Biasa appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*