Bunuh Anak Saudara, Penganggur Dihukum Gantung

gantung anak saudara

Bunuh Anak Saudara, Penganggur Dihukum Gantung

KUALA TERENGGANU, 13 April (Bernama) — Mahkamah Tinggi di sini hari ini menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas seorang penganggur selepas didapati bersalah membunuh anak saudara perempuannya, tiga tahun lepas.

Hakim Datuk Hassan Abdul Ghani menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, 30, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Lelaki tersebut dituduh membunuh Nurhafiya Aufa Mohd Taquddin yang berusia tiga tahun ketika kejadian, di sebuah rumah di Felda Cherul Dua di Kemaman, pada 27 Jan 2020, kira-kira pukul 1 tengah, 27 Jan 2020.

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.

Hassan dalam penghakimannya berkata walaupun pihak pembelaan mengatakan tertuduh membunuh tanpa niat kerana mendengar ‘suara’, namun mahkamah berpendapat lelaki itu waras ketika melakukan perbuatan tersebut.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Amer Abu Bakar Abdullah dan Muhamad Yasser Mohd Nasri manakala tertuduh diwakili peguam Mazlan Md Zain.

Sebelum ini media melaporkan, seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun maut ditikam oleh bapa saudaranya di bahagian dada menggunakan pisau pemotong sayur.

BACA: Bersuamikan Anak Patung, Wanita Dakwa Sedang Hamil ‘Anak’ Kedua

Sumber: Bernama

The post Bunuh Anak Saudara, Penganggur Dihukum Gantung appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*