Cacing 2 meter keluar daripada badan lelaki

BANGKOK — Seorang lelaki di Thailand memberi amaran kepada orang ramai supaya mengelak makan daging mentah selepas seekor cacing pita sepanjang 2 meter keluar daripada duburnya, lapor laman berita Thaiger kelmarin.

Amarit Chuetamuen memuat naik video mengenai pengalaman pahit itu dalam akaun TikTok @tex2499.

Dalam video pertama, Amarit memberitahu bahawa duburnya menjadi gatal dan kemudian merasakan sesuatu tergelincir keluar daripada saluran itu.

Seekor cacing parasit yang masih bergerak-gerak didapati keluar daripada duburnya. Amarit mendakwa, perkara itu berlaku disebabkan dia kerap makan daging mentah yang menjadi hidangan kegemarannya.

Dalam video susulan di media sosial, Amarit menunjukkan seekor cacing pita sepanjang 2 meter yang keluar daripada badannya.

“Hai semua! Hari ini, saya ingin memberi peringatan kepada semua orang yang menggemari daging mentah seperti saya. Lihat ini! Panjangnya hampir 2 meter.

“Saya makan daging lembu mentah selama dua hingga tiga tahun dan inilah yang berlaku kepada saya. Tidak percaya. Ini adalah cacing pita. Sangat panjang!

“Saya merinding sekarang. Saya mengambil ubat anthelmintik malam tadi dan ini keluar pada waktu pagi,” katanya.

Salah satu hidangan kegemarannya ialah hirisan daging lembu mentah yang digandingkan dengan sos pencicah pedas dipanggil Soi Ju. Ia merupakan hidangan kegemaran ramai penduduk tempatan di Thailand, terutamanya di rantau Isaan. – Agensi

 

 

The post Cacing 2 meter keluar daripada badan lelaki appeared first on Kosmo Digital.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*