Tular Pukul Kepala Wanita, Lelaki Ditahan Polis

pukul kepala wanita polis

Tular Pukul Kepala Wanita, Lelaki Ditahan Polis

IPOH — Seorang lelaki yang bertindak mengasari pemandu wanita ketika dalam perjalanan dari Cameron Highlands ke Tapah telah ditahan oleh pihak polis di sekitar daerah Serdang, Selangor hari ini.

Lelaki Pukul Kepala Wanita Ditahan Polis

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata pihaknya telah menerima satu laporan berkaitan kejadian pada jam 10 pagi oleh wanita berusia 24 tahun.

Difahamkan, laporan berkenaan telah dibuat di Balai Polis Saujana Utama, Sungai Buloh, Selangor.

Kata Mohd Yusri, sekitar jam 3.30 petang, pihak Polis Daerah Tapah telah mengesan satu video berdurasi 59 saat yang tular di media sosial hari ini. Kejadian tersebut dipercayai berlaku di dalam daerah Tapah.

“Siasatan awal yang dilakukan oleh pihak polis mendapati, kejadian berlaku pada 5 Jun 2023, lebih kurang pada pukul 5.33 petang sewaktu pengadu dalam perjalanan turun dari Cameron Highlands menuju ke Tapah bersama adik lelaki pengadu berumur 17 tahun.

“Pengadu ketika itu cuba untuk memotong sebuah kereta persona warna kelabu yang berada di hadapan pengadu namun gagal,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Akibatkan Jalan Sesak

Susulan itu, pemandu terbabit kemudiannya telah menunjukkan isyarat lucah dan memperlahankan kenderaan. Tindakan itu mengakibatkan jalan mula menjadi sesak berhampiran dengan pusat peranginan Lata Iskandar.

BACA JUGA: Tular Video Avanza Potong Barisan, JPJ Muar Ambil Tindakan

Suspek Bertindak Agresif

“Setelah itu, pemandu kenderaan tersebut telah turun dari kenderaannya dan mengetuk cermin kereta pengadu. Pengadu bertindak membuka cermin kenderaan bagi berbincang.

“Namun suspek telah memarahi pengadu dan secara tiba-tiba memukul serta mengeluarkan kata-kata ugutan,” jelasnya.

Maklum Mohd Yusri, hasil semakan nombor pendaftaran kereta yang digunakan oleh suspek mendapati telah didaftarkan di atas nama seorang wanita beralamat di Tanjong Karang, Selangor.

“Suspek kemudiannya telah berjaya dikesan dan ditahan di sekitar daerah Serdang, Selangor. Suspek yang berusia 29 tahun merupakan seorang supervisor kilang di Serdang, Selangor.

“Suspek akan di bawa ke Ibu Pejabat Daerah (IPD) Tapah, Perak untuk siasatan lanjut,” katanya lagi.

Kes itu disiasat di bawah Sekyen 323 Kanun Keseksaan, Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 509  Kanun Keseksaan.

Terdahulu, video yang memaparkan kejadian tersebut telah menjadi tular dan mendapat pelbagai reaksi dari netizen.

Sumber: Polis Perak

The post Tular Pukul Kepala Wanita, Lelaki Ditahan Polis appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*