Cacing Sepanjang 8cm Ditemui Masih Hidup Dalam Otak Wanita, Kes Pertama Di Dunia

cacing hidup otak wanita

Cacing Sepanjang 8cm Ditemui Masih Hidup Dalam Otak Wanita, Kes Pertama Di Dunia

Seorang pakar bedah baru-baru ini mendedahkan bahawa cacing sepanjang 8cm ditemui masih hidup dalam otak seorang wanita, di Australia. Penemuan itu menjadikan ia kes pertama seumpamanya di dunia.

Menurut Dr Hari Priya Bandi, cacing berkenaan ditarik keluar dari bahagian lobe depan yang rosak seorang pesakit dalam pembedahan yang dijalankan tahun lepas.

”Ia sangat pasti bukan sesuatu yang kami jangkakan. Semua merasa sangat terkejut. Cacing yang kami keluarkan masih bergerak-gerak,” katanya.

Pesakit tersebut, yang berusia 64 tahun menunjukkan simptom-simptom seperti sakit pada bahagian perut, batuk dan berpeluh pada waktu malam. Ingatan wanita itu juga menunjukkan penurunan dan berdepan dengan depresi.

Cacing ditemui masih hidup dalam otak wanita

Dia kemudiannya dimasukan ke hospital pada Januari 2021. Ujian imbasan yang dijalankan seterusnya menunjukan ‘satu lesi atipikal dikesan di dalam lobe depan kanan otak’ wanita itu.

Bagaimanapun, punca sebenar keadaan kesihatan wanita itu hanya diketahui ketika menjalani pembedahan yang diketuai oleh Dr. Hari pada Jun 2022.

Menurut Dr. Hari, parasit merah itu berkemungkinan telah hidup dalam otak pesakit itu hampir dua bulan. Kes berkenaan dipercayai merupakan kes pertama melibatkan ‘serangan’ larva dan pembentukan dalam otak manusia.

Pesakit wanita itu, yang menetap berdekatan kawasan tasik di tenggara New South Wales dilapor pulih dan berada dalam keadaan baik.

Menurut BBC, cacing merah berkenaan, Ophidascaris robertsi roundworm, biasa ditemui di dalam ular sawa karpet. Ia merupakan spesis ular tidak berbisa yang biasa ditemui hampir di serata Australia.

Penyelidik percaya wanita itu mungkin ‘mendapat’ cacing tersebut ketika mengutip sejenis rumput tempatan, Warrigal, di kawasan tasik berdekatan tempat tinggalnya. Tasik itu juga dipercayai turut menjadi habitat ular sawa karpet.

Mereka juga percaya wanita itu secara tidak sengaja menjadi host selepas mengguna tumbuhan boleh dimakan yang dicemari najis ular sawa karpet dan telur parasit itu untuk masakan.

Dalam laporan itu, penyelidik turut mengingatkan kes tersebut menunjukkan peningkatan bahaya penyakit dan jangkitan yang boleh berpindah daripada haiwan kepada manusia.

BACA: Malaysia Pertimbang Nuklear Dalam Campuran Tenaga, Penelitian Lanjut Diperlukan

Sumber: BBC

The post Cacing Sepanjang 8cm Ditemui Masih Hidup Dalam Otak Wanita, Kes Pertama Di Dunia appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*