Lingkaran Pelik Muncul Di Langit Alaska

Lingkaran Pelik Muncuk Di Langit Alaska

Satu lingkaran berwarna biru pucat telah muncul di langit Alaska pada minggu lalu menjadikan ia sebagai pemandangan luar biasa yang tidak pernah dilihat sebelum ini.

Lapor Daily Mail, ia muncul semasa paparan Northern Lights, di mana zarah daripada matahari berinteraksi dengan atmosfera Bumi untuk menghasilkan jalur hijau yang terang.

Walaupun ia menyerupai Unknown Flying Object (UFO), lingkaran misteri itu mempunyai penjelasan yang jauh lebih biasa.                          

Kredit: Daily Mail

Difahamkan, pusaran itu muncul disebabkan oleh bahan api berlebihan yang telah dikeluarkan daripada roket SpaceX yang dilancarkan dari California kira-kira tiga jam sebelum ia muncul.

Ahli fizik angkasa lepas merangkap profesor bersekutu penyelidikan di Institut Geofizik Fairbanks Universiti Alaska Dr. Don Hampton berkata, kadangkala roket mempunyai bahan api yang perlu dibuang.

“Apabila mereka melakukan itu di altitud tinggi, bahan api itu bertukar menjadi ais.

“Dan jika ia berlaku di bawah cahaya matahari, apabila anda berada dalam kegelapan ketika berada di tanah, anda boleh melihatnya sebagai awan besar dan kadang-kadang ia berpusar,” jelasnya.

Kredit: Daily Mail

Roket SpaceX Falcon 9 berlepas dari Pangkalan Angkatan Angkasa Vandenberg di California pada malam Jumaat.

Falcon 9 mempunyai 51 kapal angkasa yang sedang digunakan sebagai sebahagian daripada misi Transporter-7 mereka.

Kira-kira tiga jam selepas pelancaran pada awal pagi Sabtu, lingkaran muncul disebabkan oleh wap air dalam cecair ekszos roket.

Menurut pakar, bentuk lingkaran itu muncul ketika peringkat atas Falcon 9 mengeluarkan bahan api yang tidak diperlukan semasa ia turun ke lautan.

Apabila bahan api roket dikeluarkan ia membeku dalam bentuk lingkaran yang kemudiannya diterangi oleh matahari.

BACA: Bentuk Unik Seakan UFO, Kenali Awan Lentikular & Bagaimana Ia Terbentuk

Kecoh di internet

Insiden terbabit telah menimbulkan kekecohan di media sosial susulan ramai yang menunjukkan gambar hasil tangkapan mereka.

Terdapat seorang jurugambar yang menyiarkan gambar tersebut dan hantaran itu meraih perhatian ramai.

“Saya rasa makhluk asing telah riba,” kata seorang pengguna Twitter.

Manakala di Facebook, Randel Mailloux memuat naik foto itu dan berkata ia adalah perkara paling gila yang pernah dilihatnya.

Fenomena serupa berlaku

Ini bukan kali pertama pelancaran SpaceX menyebabkan orang ramai berfikir ia kemungkinan adalah UFO.

Pada bulan Januari, lingkaran lain dilihat tetapi berlaku di Pulau Besar Hawaii.

Lingakran itu telah ditangkap kamera oleh Teleskop Subaru, yang terletak di puncak Maunakea.

Penyelidik berkata ia adalah daripada pelancaran satelit GPS tentera yang berlepas lebih awal pada roket SpaceX di Florida.

Pada Jun tahun lalu, satu lingkaran misteri biru melintasi langit New Zealand hingga membingungkan penduduk yang menyangka ia adalah UFO.

Kredit: Daily Mail

Kepulan gas yang berpusing menerangi langit di atas Nelson, sebuah bandar di hujung pulau selatan New Zealand dan mengembara sejauh 750 kilometer selatan ke Pulau Stewart.

Bagaimanapun, pakar kemudiannya mendedahkan bahawa fenomena itu disebabkan oleh sampah angkasa lepas buatan manusia dalam bentuk roket yang dilancarkan oleh syarikat Elon Musk.

Sumber: Daily Mail

The post Lingkaran Pelik Muncul Di Langit Alaska appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*