Cadang Bina Tugu, Pahang Tunggu Maklum Balas Pencipta Watak Kento Nanami

kento nanami pahang

Cadang Bina Tugu, Pahang Tunggu Maklum Balas Pencipta Watak Kento Nanami

KUANTAN — Pahang menerusi Tourism Malaysia yang bercadang membina tugu peringatan bagi watak Kento Nanami dari siri anime Jujutsu Kaisen sedang menunggu maklum balas pencipta watak itu.

Memetik Sinar Harian, selain tugu peringatan, ada beberapa lagi cadangan yang diutarakan oleh mereka.

Menurut Exco Perpaduan, Pelancongan dan Kebudayaan Pahang, Leong Yu Man, wakil Tourism Malaysia Tokyo yang diwakili Timbalan Pengarahnya, Ahmad Junaidy Yahaya dan Presiden Pemaja (Alumni Program Persahabatan Asean-Jepun abad ke-21) Datuk Sahariman Hamdan telah mengemukakan cadangan tersebut dalam satu sesi pertemuan dengan penerbit siri anime berkenaan di Jepun pada Isnin.

Walau bagaimanapun, penerbit anime tersebut memohon cadangan itu diberikan tempoh bagi berhubung dengan pencipta anime terbabit yang mahu dikenali sebagai Gege Akutami.

Katanya lagi, kebenaran perlulah diperolehi terlebih dahulu sebelum mempromosikan sektor pelancongan di negeri tersebut.

“Pihak penerbit (siri anime) perlukan masa seminggu untuk beliau berhubung dengan pencipta sebelum memberikan persetujuan. Kami juga dimaklumkan bahawa pencipta itu jarang muncul di khalayak ramai dan hanya penerbit boleh menghubunginya.

“Jadi, kita perlu kebenaran (daripada) pencipta kerana ini (watak Kento Nanami) adalah hak cipta beliau. Kita kena hormati hak cipta dan kita perlukan endorsement daripadanya,” jelasnya.

BACA JUGA: Disebut Nanami Dalam Jujutsu Kaisen, Nama Kuantan Tiba-tiba Jadi “Trending”

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Triang berkata demikian sewaktu sidang akhbar selepas majlis penyerahan Bantuan Prihatin Pahang (BPP) Kluster Pemandu Bot pelancong dan Malim Gunung 2023 daerah Kuantan di pejabat Tourism Pahang hari ini.

Tambah Yu Man, kerajaan Pahang berhasrat mahu menjemput penciptanya melawat Pahang, khususnya di Kuantan.

Oleh itu, maklum balas positif daripada pencipta anime itu amatlah diharapkan.

“Kami ingin menjemputnya melawat Pahang dan menganjurkan program dengan pengikut industri anime berkenaan,” katanya lagi.

Terdahulu, tular di media sosial watak Kento Nanami dalam anime Jepun popular, Jujutsu Kaisen itu menyebut nama Kuantan sehingga menjadi sohor kini.

Perkara itu juga mencuri perhatian Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang, pada 6 Disember lalu.

Jujutsu Kaisen Episod 42

Dalam episod ke-42 yang ditayangkan bulan lalu, Nanami sempat menyebut dia ingin melawat pantai di Kuantan, Malaysia sebelum kematiannya.

Lantaran itu, ia mencetuskan tanda tanya buat ramai peminat anime itu yang meneka pantai yang disebutkan itu.

Sebahagian besar peminat beranggapan pantai yang dimaksudkan itu adalah Pantai Kempadang berbanding beberapa pantai popular lain seperti pantai Teluk Cempedak, Batu Hitam, Cherating dan Sepat.

Sumber: Sinar Harian

The post Cadang Bina Tugu, Pahang Tunggu Maklum Balas Pencipta Watak Kento Nanami appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*