Calon BN Dun Jeram Padang Kemalangan

calon bn jeram

Calon BN Dun Jeram Padang Kemalangan

SEREMBAN, 31 Julai (Bernama) — Calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeram Padang Datuk Mohd Zaidy Abdul Kadir terlibat dalam kemalangan jalan raya di Jalan Pasir Besar-Palong pada awal pagi tadi.

Setiausaha Agung UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menerusi catatan di akaun Facebook memaklumkan kemalangan itu berlaku pada pukul 3.25 pagi.

“Pemandu agak kritikal, mohon semua dapat doakan agar kedua-duanya kembali sembuh dengan sempurna dan diangkat segala kesakitan,” katanya.

Difahamkan, Mohd Zaidy kini berada dalam keadaan stabil dan hanya mengalami kecederaan ringan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tampin Supt Anuwal Ab Wahab ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan siasatan sedang dijalankan.

Mohd Zaidy akan bertanding menentang calon Perikatan Nasional (PN) S. Surash pada Pilihan Raya Negeri, 12 Ogos ini.

Sumber: BERNAMA

BACA: Tiga Calon SPM Orang Asli Mersing Diterbangkan Untuk Hadiri Pemeriksaan

The post Calon BN Dun Jeram Padang Kemalangan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*