Kerjasama Dua Jenama Terkemuka, Habib & Korloff Paris Cetus Gaya Baharu Di Malaysia

Jenama barangan kemas tempatan, HABIB melebarkan sayap perniagaannya dengan menerbangkan jenama mewah KORLOFF, dari Paris ke Malaysia. Tersohor dengan berlian 88- carat potongan brilliant yang dihasilkan daripada sebutir berlian hitam misteri seberat 200-carat, jenama yang juga dikenali sebagai La Maison Korloff menampilkan pelbagai koleksi mewah yang boleh didapati secara eksklusif di HABIB KLCC.

Tidak hanya menawarkan barangan kemas yang memukau, malah seleksi jam tangan lelaki dan wanita, wangian mewah serta aksesori fesyen seperti pen dan cufflinks turut ditawarkan bagi memenuhi gaya masyarakat moden hari ini.

Jenama mewah, KORLOFF Paris di bilik pameran HABIB di KLCC.

Hari ini, kerjasama kreatif antara dua jenama ini telah dilancarkan secara rasmi di Galeri HABIB di Ampang 2. Turut hadir pada pelancaran tersebut, Pengerusi Eksekutif Kumpulan HABIB, Dato’ Sri Meer Habib, ditemani Pengarah Eksekutif Kumpulan HABIB, Datin Sri Zarida Noordin, Ketua Pegawai Eksekutif KORLOFF Paris, En Bassam Azakir serta Pengarah Urusan Asia Pasifik KORLOFF Paris, En Chris Neff. Kehadiran para tetamu VIP, rakan-rakan media dan selebriti turut memeriahkan majlis.

Tetamu-tetamu dihidangkan dengan pengalaman yang berbeza sebaik sahaja melangkah masuk di Galeri HABIB. Penerapan elemen hitam yang elegan di segenap sudut menggambarkan asal usul misteri, Berlian Hitam KORLOFF. Pertunjukan fesyen yang memukau, menampilkan koleksi KORLOFF yang pelbagai turut menjadi tumpuan pada pelancaran tersebut dan gaya disempurnakan oleh Afiq M, pereka fesyen terkenal di Malaysia. Para tetamu juga dihiburkan dengan persembahan istimewa oleh penyanyi Jazz Malaysia yang berbakat besar, Noryn Aziz.

Sebutir berlian seberat 88-carat yang dipersembahkan merupakan acara kemuncak pada pelancaran ini. KORLOFF Noir yang berwarna hitam dan jarang ditemui, menjadikannya salah satu berlian paling berharga di dunia.

Kerjasama strategik HABIB dan Korloff menampilkan koleksi yang pelbagai, termasuklah barangan kemas, jam tangan eksklusif, wangian mewah serta aksesori. Antara koleksi barangan kemas eksklusif yang dipamerkan merupakan koleksi Divine Nature dan Poetic Garden. Koleksi- koleksi lain seperti Eclat, Saint Petersbourg, Korlove, Let Me Out, Jolie Poupee, Volte Face dan Envolee Poetique juga boleh didapati pada pelancaran tersebut.

Selain itu, koleksi jam tangan eksklusif KORLOFF antaranya Opera, K88, Jardin Des Tuileries, Luna, Versailles dan So French juga menjadi kegemaran. Koleksi wangian mewah dengan aroma yang mempesonakan turut ditawarkan seperti Rose Oud, Iris Dore, Ecore D’Argent daripada koleksi wangian Mémoire dan koleksi wangian K88 iaitu Korloff In White, Miss Korloff dan Royal Oud, juga terdapat untuk golongan lelaki dan wanita.

Jenama mewah, KORLOFF Paris tersedia secara eksklusif di bilik pameran HABIB di KLCC. Untuk maklumat lanjut, layari e brochure di: https://tiny.one/HABIBIGKorloffParisLookbook

The post Kerjasama Dua Jenama Terkemuka, Habib & Korloff Paris Cetus Gaya Baharu Di Malaysia appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*