Persis Filem P.Ramlee, Tular Video Motosikal Tersangkut Atas Bumbung Penduduk

Persis Filem P.Ramlee, Tular Video Motosikal Tersangkut Atas Bumbung Penduduk

Tular di media sosial Indonesia berkenaan satu video memaparkan sebuah motosikal tersangkut di atas bumbung rumah seorang penduduk, lapor Detik.com.

Berdasarkan video yang tular itu, penduduk dilihat cuba berusaha menurunkan motosikal tersebut dari atas bumbung rumah berkenaan.

Kejadian yang dilaporkan berlaku pada Ahad lalu difahamkan terjadi ketika penunggang motosikal tersebut sedang pusing-pusing di waktu pagi di kawasan tersebut.

“Dipercayai kerana brek gagal berfungsi, motosikal itu terbabas lalu terpelanting di atas bumbung rumah penduduk yang berada di bawah jalan ketika melintasi selekoh Dusun Puntingan Grabag Magelang,” tulis akaun Instagram @magelang_raya yang berkongsi berkenaan video tersebut.

Baca: Boleh Jimat Masa, Ini Cara Nak Buat Umrah 3 Kali Tanpa “Apply” Cuti Panjang

Selain itu, menurut laporan daripada detikJateng, kejadian itu dilaporkan berlaku di Dusun Puntingan, Kabupaten Indonesia pada Ahad sekitar jam 14.00 WIB.

Hasil siasatan mendapati motosikal jenis Honda BeAT itu telah hilang kawalan sewaktu menunggang motosikalnya di jalan berkenaan.

Sewaktu melalui jalan menuruni bukit dan selekoh ke kiri, penunggang tersebut hanya bergerak lurus lalu pada akhirnya terbabas keluar dari jalan dan terbabas di atas rumah yang berada di bawah jalan tersebut.

Kredit Detik.com

Kejadian sedemikian bukanlah yang pertama kali berlaku di kawasan jalan tersebut.

Menurut Nurdin, jurukimpal berhampiran tempat kejadian berkata, kemalangan sering berlaku di rumah penduduk bernama Suprato yang kedudukannya betul-betul berada di bawah kawasan kemalangan.

“Sering terjadi kemalangan. Kampung telah mencadangkan pembinaan penghadang keselamatan namun masih tiada maklum balas. Dulu teruk. Cuma semalam baru ada video rakaman jadi ia terus tular,” kata Nurdin.

Sementara itu, Ketua Kampung Madyogondo, Sawal berkata pihaknya sudah mengemukakan permohonan papan tanda lalu lintas.

“Permohonan sudah dibuat kira-kira lima tahun lalu. Pemdes sendiri telah membuat beberapa papan tanda. Papan tanda yang menggesa agar pemandu lebih berhati-hati kerana selekoh tajam,” kata Sawal.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by magelang raya (@magelang_raya)

Sumber: Detik.com

The post Persis Filem P.Ramlee, Tular Video Motosikal Tersangkut Atas Bumbung Penduduk appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*