Empat Anggota Maut Dalam Insiden Dua Pesawat Tempur Ringan Tentera Indonesia Terhempas

empat maut pesawat ringan terhempas

Empat Anggota Maut Dalam Insiden Dua Pesawat Tempur Ringan Tentera Indonesia Terhempas

Tentera Udara Indonesia memaklumkan bahawa empat orang anggotanya telah maut dalam insiden dua pesawat tempur ringan yang  terhempas baru-baru ini.

Berdasarkan laporan media tempatan, kedua-dua bangkai pesawat telah ditemui di dua lokasi yang berbeza.

Empat Anggota Maut Dalam Insiden Dua Pesawat Tempur Ringan Tentera Indonesia Terhempas
Kredit: detik.com
@radarjember_id

Dua pesawat TNI AU dikabarkan mengalami kecelakaan di Wilayah Kecamatan Puspo, Kabupaten Pasuruan, Kamis (16/11/2023). Dalam video amatir beredar, ada dua lokasi yang diduga menjadi titik jatuhnya pesawat. Melalui keterangan warga pada video yang beredar, lokasi jatuhnya dua pesawat TNI-AU berada di Watugedek, Desa Keduwung dan satu pesawat lagi jatuh di Timur Desa Keduwung. Hingga video ini ditayangkan belum ada keterangan pasti Kronologi, maupun penyebab serta korban jiwa #tiktokberita

♬ Hard News – DM Production

Menurut laporan detik.com. dua jenazah pertama yang ditemui adalah  Mejar Yuda A Seta dan Kolonel Subhan. Manakala, mayat ketiga yang ditemui pasukan pencarian dan penyelamat adalah Kolonel Adm Widiono.

Sementara itu,  jenazah mangsa terakhir  Leftenan Kolonel Sandhra Gunawan teklah ditemui pada petang semalam.

“Sekitar pukul 7 malam (waktu Indonesia Barat), jenazah (Leftenan Kolonel Sandhra Gunawan) sudah ditemui dan dibawa ke Pangkalan Udara Abd Saleh,” jelas Komoder Udara Agung kepada wartawan di Pangkalan Udara Abdulrachman Saleh.

Justeru, empat jenazah anak pesawat terbabit bakal disemadikan di Skuadron 21 Pangkalan Udara Abdulrachman Saleh pada Jumaat, hari ini.

Empat Anggota Maut Dalam Insiden Dua Pesawat Tempur Ringan Tentera Indonesia Terhempas
Kredit: detik.com

Pesawat terhempas ketika menjalani misi latihan

Sebelum ini, dua buah pesawat tempur ringan terhempas di bandar Pasuruan, Jawa Timur sebelum tengah hari Khamis, lapor Jakarta Globe.

Dua pesawat tersebut difahamkan masing-masing telah membawa seorang juruterbang dan pembantu juruterbang sewaktu insidn berlaku.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Tentera Udara Indonesia, pihaknya telah mengenal pasti kedua-dua pesawat yang terbabit dalam insiden terbabit.

Kedua-duanya merupakan pesawat tempur ringan model EMB-314 Super Tucano dengan nombor bahagian ekor TT-3111 dan TT-3103.

Berdasarkan rekod, kedua-dua pesawat itu berlepas dari Pangkalan Udara Abdulrachman Saleh di Malang, Jawa Timur.

Dua pesawat berkenaan bersama dua lagi pesawat model Tucano telah menjalankan misi latihan bersama pada 10.50 pagi (waktu tempatan).

Pada jam 11.18 pagi, kawalan udara terputus hubungan dengan kedua-dua pesawat berkenaan. Manakala dua peswat Tucano dilaporkan selamat kembali ke pangkalan pada 11.31 pagi.

Sebelum insiden itu berlaku, empat pesawat itu dilaporkan terbang dalam formasi ‘bentuk kotak’ dan mencapai ketinggian 8,000 kaki.

@diskursusnetwork

Kondisi dua pesawat TNI AU yang jatuh di Probolinggo dan Pasuruan —– Baca selengkapnya di https://diskursusnetwork.com Temukan berita terbaru lainnya: Ig : @diskursus_parekraf Youtube :DiskursusNet Tiktok : Diskursus Network Fb : Diskursus Network #beritaterbaru #pesawattnijatuh #pesawattt3103 #pesawatjatuh #viralpost #pasuruan #probolinggo #jawatimur #fyp

♬ suara asli – Diskursus Network – Diskursus Network

Leftenan Kolonel Sandhra Gunawan dan Kolonel Widiono telah menaiki pesawat dengan nombor bahagian ekor TT-3111. Manakala, Mejar Yuda A Seta Kolonel Subhan pula mengendalikan pesawat dengan nombor ekor TT-3103.

BACA: Baru Perasan, Rekaan Bumbung Plaza Tol PLUS Rupanya Berbeza-beza, Ini Alasannya

Sumber: detik.com, Sinar Harian

The post Empat Anggota Maut Dalam Insiden Dua Pesawat Tempur Ringan Tentera Indonesia Terhempas appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*