Seram Sejuk, Wanita Terkejut Tangan Misteri ‘Ketiga’ Tiba-tiba Muncul Dalam Gambar

Seram Sejuk, Perempuan Thai Dapati Foto Dirinya 'Miliki Tiga Tangan' Sewaktu Bergambar Di Tokong

Seram Sejuk, Wanita Terkejut Tangan Misteri ‘Ketiga’ Tiba-tiba Muncul Dalam Gambar

Seorang wanita Thailand terpaksa meminta bantuan kepakaran daripada beberapa jurugambar dan penyunting gambar untuk meneliti foto miliknya, baru-baru ini.

Menurut The Thiger, wanita berkenaan memuat naik sekeping gambar potret milik kakaknya di  TikTok, @ppynnpk  pada 20 November lalu.

Gambar potret tersebut menunjukkan seorang wanita sedang duduk di kawasan tokong. Dalam foto berkenaan, perempuan itu telah meletakkan satu tangan pada bahagian riba dan lagi satu tangannya diangkat.

Walau bagaimanapun, keadaan menjadi seram sejuk apabila ‘lagi satu tangan’ kelihatan berada di antara kedua-dua belah tangannya.

Manakala tangan ketiga itu pula seolah-olah muncul daripada bahagian dada wanita tersebut.

“Saya merasa keliru. Minta semua jurugambar dan penyunting untuk beritahu apa yang berlaku pada gambar ini. Sekarang, saya rasa sedikit seram,” katanya.

Bukan itu sahaja, perkongsian berkenaan juga menarik perhatian warga maya yang rata-rata mengakui turut merasa seram selepas melihat gambar tersebut.

Ada yang turut menambah unsur keseraman, ada yang cuba menyedapkan hati pengguna lain

Ada yang mendakwa mereka mengesa wajah wanita yang berbeza dalam gambar berkenaan.

Manakala, netizen yang lain berkata kemunculan tangan misteri mungkin berpunca daripada kerosakan pada kamera ataupun masalah teknikal yang lain.

“Mungkin anda menggerakkan tangan terlalu pantas ketika gambar ini diambil,” kata seorang netizen.

“Perkara ini pernah terjadi terhadap saya. Saya menggerakkan tangan terlalu pantas, dan jurugambar telah mengambil gambar berkali-kali dengan laju,” kata netizen lain pula.

“Saya dapat melihat ada wajah lain yang berada berdekatan dengan badan anda,” seorang lagi netizen menambah.

“Saya nampak ada muka lain dalam gambar tersebut,” kata seorang lagi yang dapat mengesan sesuatu yang tidak kena dengan gambar tersebut.

“Gambar ini diambil berdekatan satu tokong terkenal di Ayutthaya? Jika ya, saya pernah mengalami kejadian mistik di sana,” tambah seorang netizen yang mendakwa pernah berdepan situasi yang sama.

“Saya pernah pergi ke tokong tersebut dan menjumpai tangan berwarna hitam dalam gambar saya,” dakwa netizen seterusnya.

Kemudian, wanita yang berada dalam gambar tersebut berkongsi satu video berhubung maklumat tambahan berkenaan imej terbabit.

Jelasnya, gambar tersebut telah diambil oleh ibunya di sebuah tokong yang terletak di wilayah Sukhothai. Walaupun gambar itu sebenarnya sudah lama diambil, namun dia hanya menyedari kehadiran lengan ketiga baru-baru ini.

Selain itu, wanita tersebut menjawab dakwaan warga maya berhubung penampakan wajah tambahan dalam foto tersebut. Perempuan tersebut berpendapat bahawa dia tidak dapat mengenalpasti imej yang dianggap sebagai wajah selain wajahnya sendiri dalam foto berkenaan.

BACA:  Kenapa Dalam Sukan, Taiwan Dipanggil Chinese Taipei? Ini Sejarahnya Ramai Tak Tahu

Sumber: Thaiger

The post Seram Sejuk, Wanita Terkejut Tangan Misteri ‘Ketiga’ Tiba-tiba Muncul Dalam Gambar appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*