Detik Cemas Kenderaan JAKOA Johor Dihanyutkan Arus Deras

detik cemas kenderaan jakoa

Detik Cemas Kenderaan JAKOA Johor Dihanyutkan Arus Deras

Beberapa orang kakitangan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Johor berdepan detik cemas apabila kereta yang dinaiki mereka dihanyutkan arus banjir.

Ketika kejadian, mereka dikatakan baru pulang dari misi penghantaran bakul makanan di Kampung Orang Asli Sedohok, Kahang, Johor dan tidak menyangka air naik terlalu cepat.

Menerusi video yang dikongsi oleh Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Malaysia, kenderaan yang dipandu bergerak ke kiri sebelum hanyut secara perlahan-lahan.  Kemudian, kenderaan tersebut berhenti kira-kira 10 meter dari jalan selepas tersangkut pada sebatang pokok.

“Kenderaan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Johor yang terlibat dalam misi penghantaran bakul makanan di Kampung Orang Asli Sedohok, Kahang, Johor mengalami kemalangan dan tenggelam semasa melalui jalan untuk keluar dari kampung,” kata JAKOA Malaysia.

Tetapi, mereka sempat menyelamatkan diri dengan keluar daripada kenderaan tersebut walaupun sedang dihanyut air.

“Walau bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan,” ujar JAKOA lagi.

Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis dilihat tiba di tempat kejadian untuk membantu mengeluarkan kenderaan dari dalam air.

Difahamkan, Ketua Pengarah JAKOA, Datuk Sapiah Mohd Nor juga turut serta dalam konvoi menghantar makanan ke kampung berkenaan.

@jakoamalaysia

Kenderaan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Johor yang terlibat dalam misi penghantaran bakul makanan di Kampung Orang Asli Sedohok, Kahang, Johor mengalami kemalangan dan tenggelam semasa melalui jalan untuk keluar dari kampung. Walau bagamainapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Kenderaan tersebut telah berjaya dikeluarkan oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia. Konvoi tersebut disertai oleh Ketua Pengarah JAKOA sendiri dalam misi bantuan tersebut. #OrangAsli #JAKOA #BanjirJohor #KKDW #fyp

♬ Stargazing – Official Sound Studio

BACA: Banjir Johor: Pemandu JKM Sujud Syukur Ketika Diselamatkan

Sementara itu, mangsa banjir di Johor dilaporkan mencatatkan penurunan setakat tengah hari tadi.

Memetik Bernama, seramai 7,714 mangsa kini ditempatkan di 53 PPS di enam daerah iaitu Kota Tinggi di 26 PPS (4,471 mangsa) dan 12 PPS di Johor Bahru (1,716 mangsa). Manakala, sembilan PPS di Kluang (1,308 mangsa), empat PPS di Segamat (107 mangsa) dan masing-masing satu PPS di Kulai (90 mangsa) dan Pontian ( 22 mangsa).

Dalam pada itu, beberapa sungai di Johor mencatatkan paras bahaya iaitu Sungai Johor di Kota Tinggi dan Kulai serta Sungai Endau di Kluang.

Banjir di negeri itu telah berlaku sejak beberapa hari lalu susulan hujan lebat berterusan.

Sumber: Tiktok Jakoa Malaysia

The post Detik Cemas Kenderaan JAKOA Johor Dihanyutkan Arus Deras appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*