Remaja Parah Diserang Gara-gara Wajah Terlalu “Handsome”

Remaja parah diserang

Remaja Parah Diserang Gara-gara Wajah Terlalu “Handsome”

Seorang remaja berusia 15 tahun cedera parah selepas diserang oleh sekumpulan remaja yang cemburu dengan ketampanannya.

Menurut The Thaiger, kejadian berkenaan berlaku di Udon Thani, Thailand pada 11 Februari lepas.

Portal berita itu berkata, penyerang-penyerang merupakan remaja berusia antara 12 hingga 16 tahun.

Akibat serangan fizikal tersebut, mangsa terpaksa dikejar ke sebuah hospital untuk menerima rawatan dan tidak sedarkan diri selama dua hari.

Dalam kenyataan mangsa kepada pemberita, remaja itu berkata ketika kejadian dia bersama empat rakanya dalam perjalanan ke kedai rambut dengan menunggang motosikal.

Ketika dalam perjalanan, mereka terserempak dengan kumpulan penyerang itu yang menyuruh dia berhenti.

Mangsa berkata, kumpulan penyerang kemudian mencabarnya untuk bergaduh.

Ketika ditanya alasan kumpulan tersebut mengajaknya bergaduh, mangsa diberitahu kerana mereka tidak berpuas hati dengan ketampanan wajahnya.

Penyerang turut mengacu pistol kepada mangsa

Dalam pada itu, remaja tersebut turut mendedahkan bahawa kumpulan remaja itu telah bertindak mengacukan pistol ke arahnya.

Khuatir dengan keselamatan diri kerana penyerang memiliki senjata api, mangsa kemudian tidak mengambil apa-apa tindakan balas.

Selepas itu, berlaku pertengkaran antara mereka sebelum salah seorang penyerang memukul lehernya. Pukulan itu menyebabkan mangsa tidak sedarkan diri.

Remaja itu kemudian dikejarkan ke hospital oleh rakan-rakannya dengan menaiki motosikal.

Namun kerana dalam keadaan tergesa-gesa, rakan-rakannya tidak menyedari kaki mangsa terseret di atas jalan sepanjang perjalanan.

Insiden itu menyebabkan mangsa turut mengalami kecederaan pada bahagian kaki.

Sementara itu, seorang penduduk tempatan memberitahu kumpulan penyerang merupakan remaja yang berasal dari pelbagai komuniti di wilayah Sakon Nakhon.

Menurut penduduk tersebut, kumpulan itu pernah menyerang beberapa individu lain sebelum ini termasuk ada mangsa yang telah ditembak.

Namun penduduk tersebut mendakwa tiada apa-apa tindakan yang diambil atau tangkapan yang dibuat.

Dia turut menggesa agar pihak berkuasa memandang serius jenayah tersebut dan segera menahan kumpulan penyerang berkenaan.

BACA: Bolehkah Bakteria Dalam Badan Pengaruhi Mood Seseorang? Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu

Sumber: The Thaiger

The post Remaja Parah Diserang Gara-gara Wajah Terlalu “Handsome” appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*