Chelsea Kalah Lagi, Kali Ini Tersungkur Di Tangan Tottenham

chelsea Kalah Lagi

Chelsea Kalah Lagi, Kali Ini Tersungkur Di Tangan Tottenham

LONDON — Dua gol yang dihasilkan oleh Spurs sudah cukup untuk mengaibkan Chelsea yang sekali lagi kalah di Stadium Tottenham Hotspur sebentar tadi, lapor SkySports.

Dalam lima perlawanan terakhir tanpa sebarang kemenangan, The Blues turun menentang anak didik Antonio Conte di gelanggang tuan rumah.

Perlawanan menyaksikan beberapa siri layangan kad kuning terhadap kedua-dua pasukan. Separuh masa pertama menyaksikan kedua pasukan menampilkan aksi seimbang.

Bagaimanapun, seawal minit-14, pemain pertahanan Chelsea, Thiago Silva terpaksa dikeluarkan akibat kecederaan dan digantikan dengan Wesley Fofana.

Masuk sahaja babak kedua, tuan rumah mula membuka tirai jaringan pada minit ke-46 menerusi pemain tengah, Oliver Skipp.

Pelawat yang tersentak dengan gol pembukaan itu cuba meningkatkan intensiti perlawanan dengan mengawal penguasaan bola. Selain itu, beberapa pertukaran juga dilakukan oleh pengendali mereka, Graham Potter.

BACA JUGA: Liverpool Seri Tanpa Jaringan: ‘Pada Anda Kami Dilihat Seperti Kalah, Sebenarnya…’ – Kloop

Bagaimanapun, tuan rumah sekali lagi menambah derita pelawat menerusi gol ketua pasukan, Harry Kane pada minit ke-82 penghujung babak perlawanan.

Gol tersebut sekaligus mengunci kemenangan Spurs dalam perlawanan ke-25 mereka manakala The Blues semakin tertekan dalam memburu kemenangan pertama mereka selepas lima perlawanan tanpa sebarang kemenangan.

Kekalahan 0-2 itu terus menghantui Chelsea yang gagal menunjukkan prestasi yang memberangsangkan dengan hanya menjaringkan empat gol dalam 11 perlawanan sebelum ini.

The Blues kini berada di tangga ke-10 liga selepas 24 perlawanan dimainkan dengan mengumpul 31 mata secara kesuluruhan. Manakala Tottenham Hotspurs kekal di tangga keempat liga selepas 25 perlawanan dengan mengumpul 45 mata di atas Newcastle United yang mengumpul 41 mata.

Chelsea dijangka melayani kunjungan Leeds United pada 4 Mac nanti di gelanggang sendiri.  Selepas itu, mereka dijangka turun menentang Borrussia Dortmund dalam Liga Juara-Juara(UCL) pada perlawanan kedua pusingan kelayakan 16 di Stamford Bridge pada 8 Mac nanti.

Terdahulu, skuad itu tewas 0-1 kepada Dortmund pada perlawanan pertama di gelanggang lawan pada 16 Februari lalu. Chelsea kini memerlukan sekurang-kurangnya dua gol untuk melayakkan diri ke pusingan seterusnya.

BACA JUGA: Ratusan Nyawa Penyokong Terkorban, Ini 7 Tragedi Terburuk Pernah Berlaku Dalam Sejarah Bola Sepak Dunia

Sumber: SkySports

The post Chelsea Kalah Lagi, Kali Ini Tersungkur Di Tangan Tottenham appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*