Kanak-Kanak Maut Dipijak Gajah Di Lipis, Wan Rosdy Ucap Takziah

kanak-kanak maut dipijak gajah

Seorang kanak-kanak dilaporkan maut akibat dipijak gajah dalam kejadian di Pos Sinderut, Lipis di Pahang pada tengah hari tadi.

Perkhabaran duka itu mendapat perhatian Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan beliau menzahirkan perasaannya menerusi kenyataan di akaun Facebook miliknya.

“Saya menerima perkhabaran sedih mengenai seorang kanak-kanak berusia 12 tahun yang dilaporkan maut akibat dipijak gajah dalam kejadian di Pos Sinderut, Lipis iaitu dalam kawasan saya pada tengah hari tadi.

“Saya telah mengarahkan Unit Hal Ehwal Orang Asli, Pejabat Menteri Besar Pahang untuk menziarahi keluarga mangsa serta menyampaikan sumbangan.

“Takziah saya ucapkan kepada keluarga mangsa dan saya berharap mereka tabah menerima ujian ini,” memetik hantaran Wan Rosdy pada hari ini.

Memetik Sinar Harian, kejadian tersebut juga telah disahkan oleh Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azli Mohd Noor ketika dihubungi oleh media itu.

Sumber: Wan Rosdy via Facebook

The post Kanak-Kanak Maut Dipijak Gajah Di Lipis, Wan Rosdy Ucap Takziah appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*