Mudah Je, Ini Tip Hilangkan Gatal Sayur Keladi

hilangkan gatal sayur keladi

Mudah Je, Ini Tip Hilangkan Gatal Sayur Keladi

Sayur keladi mungkin kelihatan biasa tetapi ia mempunyai banyak khasiat. Antaranya, nutrisi tambahan kepada diet seimbang. Ia juga kaya dengan vitamin A, C, B kompleks serta mineral seperti kalsium, kalium, besi dan magnesium.

Manakala, batang keladi pula merupakan sejenis bahagian pokok keladi yang diambil untuk dijadikan sayuran. Ia agak popular di Malaysia sebagai sayuran tradisional. Batang keladi merupakan salah satu masakan kampung yang mampu membuka selera sesiapa yang menikmatinya.

Namun, jika nak memasak sayur keladi, pastikan guna cara yang betul. Hal ini kerana untuk mengelakkan gatal di bahagian tekak dan juga tangan. Kalau salah cara, memang rugi kerana terpaksa dibuang.

Menerusi perkongsian ovenciknur di akaun TikTok, dia  berkongsi cara mudah untuk masak keladi supaya tidak gatal.

Menurutnya, petua ini dari arwah nenek. Tanpa berlengah lagi, mari ikuti perkongsian di bawah ini.

Mula-mula, siang sayur keladi terlebih dahulu kemudian baru basuh. Selepas selesai, sediakan periuk untuk masukkan sayur keladi dan masukkan beberapa asam keping serta air.

Seterusnya, rebuskan sayur keladi sehingga menjadi layu, kemudian tutup api dan toskan. Sedia untuk dimasak asam rebus atau masak lemak cili api.

BACA: Bosan Menu Ayam Goreng Biasa? Cuba Resipi Ayam Cajun BBQ

Perkongsian itu juga telah mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial tersebut. Rata-rata berterima kasih atas tip yang berguna itu.

Selain kongsikan tip cara masak sayur keladi, ini manfaat keladi kepada tubuh badan yang anda perlu tahu.

Berpotensi meningkatkan fungsi otak

Menurut Hello doktor, dalam satu kajian yang dijalankan selama 12 minggu, peserta kajian yang mengambil suplemen ekstrak keladi air telah mendapat skor yang lebih tinggi dalam ujian kefungsian otak berbanding mereka yang mengambil plasebo.

Bagaimana keladi boleh memberikan kesan sebegitu rupa? Untuk pengetahuan anda, keladi mengandungi sebatian unik yang dipanggil sebagai diosgenin. Sebatian ini telah didapati menggalakkan pertumbuhan neuron dan meningkatkan fungsi otak manusia.

Boleh melegakan simptom menopaus

Keladi air juga berpotensi dalam memberikan kelegaan terhadap beberapa simptom menopaus. Hal ini berdasarkan kajian yang telah dijalankan terhadap 24 orang wanita menopaus selama 30 hari. Mereka menukar diet mereka daripada nasi kepada keladi air dalam 2 daripada 3 hidangan utama iaitu sebanyak 390 gram keladi sehari.

Hasilnya, tahap estrone dan estradiol dalam darah meningkat, masing-masing sebanyak 26% dan 27%. Pada kebiasaannya, kedua-dua jenis hormon estrogen ini menurun semasa menopaus dan peningkatan tahap estrogen boleh memberikan kelegaan kepada simptom menopaus.

Walau bagaimanapun, kajian lanjutan masih lagi diperlukan untuk memberikan bukti yang lebih jelas terhadap hasil kajian ini.

Membantu mengurangkan keradangan

Antioksidan yang terdapat dalam keladi mungkin membantu mengurangkan keradangan. Untuk makluman, keradangan kronik dikaitkan dengan peningkatan risiko pelbagai masalah kesihatan seperti penyakit jantung, diabetes dan juga obesiti.

Oleh itu, dengan memakan makanan anti-keradangan seperti keladi air, ia dapat membantu anda mengurangkan keradangan kronik yang terjadi.

@ovenciknur

Episode 1 Tip masak keladi tak gatal dan sedap. Siang dulu baru basuh dan terus rebus + asam keping sekejab sekadar batang keladi layu .Toskan dan sedia untuk dimasak asam rebus atau masak lenak cili api. Petua ini dari arwah nenek kami. #petuaorangduludulu #mymomstyle #mymomstylecooking #petua #petuakeladitakgatal #sayurkeladi #sayurkeladirebus #masakanmelayu #reelsclasswithdhuna #hello2023 #cnybazzar2023

♬ bunyi asal – Nyap tahuk – 🇨🇪🇴🇿🇺🇱

 

The post Mudah Je, Ini Tip Hilangkan Gatal Sayur Keladi appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*