China, Thailand, Indonesia Sambut Baik Penggunaan Ringgit Dalam Perdagangan – Anwar

china thailand indonesia ringgit

China, Thailand, Indonesia Sambut Baik Penggunaan Ringgit Dalam Perdagangan – Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan China, Thailand dan Indonesia menyambut baik usaha menggunakan mata wang ringgit dalam urusan perdagangan.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata perkara itu tidak akan menjejaskan kesan terhadap penyusutan nilai ringgit yang sedang berlaku.

Jelasnya, penggunaan mata wang ringgit hanya akan digunakan dalam urusan tertentu.

“Beberapa langkah diambil oleh Bank Negara umpamanya menetapkan eksport dalam nilai ringgit. Kemudian dalam beberapa sidang saya bincang dengan negara China dan juga di ASEAN meminta supaya menggunakan nilai ringgit untuk berdagang.

“China sambut baik, sekadar 20 peratus ke 28 peratus yang besar sebenarnya puluh bilion ringgit tidak menggunakan dolar, menggunakan ringgit. Dan ini tidak menjejaskan dari segi kehilangan atau kesusutan nilai ringgit.

“Begitu juga dengan Thailand, setakat ini yang kita berjaya menggunakan nilai ringgit adalah Indonesia, Thailand dan China. Tetapi tidak semua bidang terutama kalau terlibat dalam Commodity International Trade,” jelasnya dalam sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri (MQT) di Dewan Rakyat pada hari ini.

BACA: Anwar & Erdogan Bincang Konflik Palestin-Israel

Tambah Anwar, antara langkah lain yang boleh diambil adalah dengan memperkuatkan ekonomi tempatan.

“Semalam dalam pertemuan saya dengan Gabenor Bank Negara beliau menganggap akhir tahun ini ke arah perkembangan yang lebih meyakinkan berdasarkan angka-angka dan data-data  baru yang kita terima.

“Dan kita harapkan dengan penjelasan dasar-dasar termasuk ekonomi dan transisi yang mendapat tarikan baru dapat membantu menarik pelaburan dan memperkukuh kedudukan ringgit,” ujarnya.

Anwar sebelum ini menjelaskan setakat 6 Oktober, nilai ringgit menyusut 6.5 peratus berbanding dolar Amerika.

Bagaimanapun, Anwar berkata kedudukan semasa itu tidak separah Jepun.

“Namun tidak separah Yen, Jepun yang menyusut 10.8 peratus. Thailand sama dengan Malaysia menyusut 6.5 peratus walaupun kita lihat umpamanya Korea lebih kurang sama tapi Indonesia lebih baik, lebih tegas dalam membatalkan subsidi dan mengambil beberapa langkah sedikit menyusahkan sementara tetapi memberi keyakinan dari segi kekuatan rupiah walaupun tidak sekuat yang diharapkan,” katanya.

Saksikan penjelasan dari Anwar bermula pada minit ke 21:26 di bawah ini.

Sumber: Parlimen Malaysia/Youtube

The post China, Thailand, Indonesia Sambut Baik Penggunaan Ringgit Dalam Perdagangan – Anwar appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*