Cicak Lidah Biru, Takutkan Pemangsa Gunakan Lidah

Cicak Lidah Biru, Takutkan Pemangsa Gunakan Lidah

Cicak berlidah biru, atau blue-tongued skink, merupakan seekor cicak yang berasal dari Australia. Ia mempunyai cara perlindungan diri yang unik, iaitu dengan menjelirkan lidahnya yang berwarna biru kepada pemangsa.

Cicak ini merupakan sub-spesies bagi Tiliqua Scincoides, dan cicak lidah biru ini merupakan satu antara lima jenis haiwan yang juga mempunyai lidah biru seperti baka anjing chow chow, impala, zirafah dan Okapi.

Tetapi, ia merupakan satu-satunya haiwan yang menggunakan lidahnya untuk menakutkan pemangsa. Apabila ia rasa terancam, ia akan menjelirkan lidahnya dengan pantas. Warna biru lidahnya yang berlawanan dengan warna merah jambu mulutnya akan membuatkan sesetengah haiwan teragak-agak untuk menyerangnya.

Terdapat penjelasan saintifik mengenai kaedah perlindungan diri yang digunakan cicak ini. Secara umumnya, kebanyakan haiwan yang mempunyai warna yang terang adalah haiwan yang berbisa atau beracun.

Helah Cicak

Walaupun cicak ini tidak mempunyai bisa atau racun, lidahnya yang berwarna biru itu dapat menipu pemangsa bahawa ia adalah haiwan yang berbisa. Contohnya, Poison Dart Frog yang berwarna biru menunjukkan pertalian antara warna terang pada haiwan dengan bahaya yang dibawa oleh haiwan itu.

Jadi, walaupun cicak lidah biru ini tidak berbisa atau mempunyai racun, ia telah menggunakan lidahnya sebagai helah untuk tidak diserang oleh haiwan pemangsa yang lain.

Terdapat juga sumber-sumber lain yang berkata bahawa lidah biru itu juga berguna untuk menghalang serangan daripada burung-burung. Cicak ini mempunyai pineal gland yang boleh digunakan sebagai matanya yang ketiga untuk melihat burung-burung yang berdekatan dengannya. Ia terletak di atas kepala cicak itu.

Apabila ia ternampak bayangan burung melintasinya, kelenjar itu akan memberikan isyarat kepada cicak itu. Ia akan mula menjelirkan lidahnya dengan pantas dan menghalakannya ke arah burung di atasnya.

Apabila ia menjerlikan lidahnya ke atas, ia akan memantulkan sinaran UV yang sangat cerah. Dengan cahaya yang terang itu, ia dapat menghalang burung-burung daripada menyerangnya. Cara perlindungan cicak ini mungkin unik, tetapi yang pastinya, ia berkesan untuk cicak ini.

Sumber: Oddity Central

BACA JUGA: Resipi Chicken Chop Homemade, Ada Kentang Dan Coleslaw Juga Tau!

The post Cicak Lidah Biru, Takutkan Pemangsa Gunakan Lidah appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*