Tsutaya Books Bukit Jalil Kecewa, Kulit Buku Dijual Dikoyak & Muka Surat Hilang

Kesal Dengan Sifat Pengunjung, Tsutaya Books Terpaksa Letak Buku Dalam Pembalut Plastik

Tsutaya Books Bukit Jalil Kecewa, Kulit Buku Dijual Dikoyak & Muka Surat Hilang

Tsutaya Book, kedai buku yang terkenal dengan konsep buku ‘tanpa pembalut plastik, kecewa apabila buku-buku yang dijual di kedainya telah dirosakan oleh individu tidak bertanggungjawab.

Ekoran itu, pihaknya terpaksa membuat perubahan drastik dan buku-buku yang dijual kini akan dibalut dengan plastik bagi mengelakan kejadian buruk itu daripada berulang.

Berita sedih itu diumumkan menerusi satu hantaran menerusi Facebook rasminya, Bukit Jalil Tsutaya Books pada 4 Jun lepas.

Difahamkan, premis yang terletak di Bukit Jalil, Kuala Lumpur itu merupakan cawangan pertamanya di Asia Tenggara. Tsutaya Books merupakai kedai buku yang berasal dari Jepun.

Tsutaya Books Kecewa, Kulit Buku Dijual Dikoyak & Muka Surat Hilang

Menurut hantaran itu, ketika kedai berkenaan dibuka pertama kali pada Julai lepas, pihaknya sangat teruja untuk menerima pelanggan dan merasai pengalaman berbeza di kedai mereka.

Tambahan pula, rangkaian kedai buku tersebut sememangnya terkenal dengan konsep kedai buku seperti pusat sumber dan memiliki reka bentuk yang unik.

Pengunjung boleh memerhatikan bahawa setiap buku di dalam premis tersebut tidak diletakkan di dalam pembalut plastik.

Dengan ini, para pengunjung boleh membelek dan menyelaknya, sebelum membeli dan membawanya ke ‘rumah baharu’ (merujuk kepada rumah pembeli).

“Inilah visi kami di sini, premis pertama di Asia Tenggara.”

Keputusan untuk meletakkan pembalut plastik adalah satu keputusan yang agak berat

Namun begitu, pihak Tsutaya Books memberitahu para pengunjungnya bahawa kebanyakan buku-buku di premisnya sudah dibalut dengan filem lutsinar.

Jelasnya, perkara ini merupakan satu perkara yang menyedihkan buat para pencinta buku, namun mereka terpaksa mengambil keputusan ini.

“Sebagai pencinta buku, perkara ini menyedihkan kami untuk berbuat demikian tetapi kami juga tidak memiliki sebarang pilihan lain,”

Dalam beberapa bulan beroperasi, staf-staf Tsutaya Books mendapati terdapat banyak buku-buku yang dirosakkan secara sengaja.

Antara kerosakan yang ditemui seperti helaian muka surat terkoyak, kulit buku terkoyak, bahagian pop-up pada buku kanak-kanak sudah lagi tiada dan lain-lain.

“Perkara ini sangat menyedihkan dan mengecewakan. Kami lebih menyukai keadaan ketika premis ini dibuka buat kali pertama. Setiap buku-buku disusun secara rapi pada rak-raknya,” kata Tsutaya Books.

Dalam pada itu, Tsutaya Books meminta para pengunjung agar dapat berkerjasama dalam membantu mereka dalam mengembalikan tradisi tersebut.

“Walaupun, permis kami bukanlah sebuah perpustakaan, peranan kami sebagai kedai buku adalah untuk menggalakkan budaya membaca dan meningkatkan literasi dalam kalangan masyarakat,”

Setakat ini, jika ada para pengunjung yang ingin menyelak buku-buku yang telah dibalut, mereka perlu meminta jurujual untuk membuka balutan tersebut.

Selain itu, Tsutaya Books berkesempatan dalam memberikan teguran terhadap pengunjung-pengunjung yang tidak bertanggungjawab.

“Buat mereka yang ‘gatal tangan’, tidak boleh melihat barang yang baharu dan elok, berhentilah. Berhentilah dari melakukan apa yang tidak sepatutnya pada sesuatu yang bukan milik anda.

“Dengan bantuan anda, kami berharap agar kita dapat membebaskan buku-buku kami daripada terperangkap dalam bungkusan pembalut plastik.”

BACA: Dianggap Legenda Badminton, Ini Rekod Chong Wei, Lin Dan & Taufik Hidayat Menurut BWF

Sumber: Bukit Jalil Tsutaya Books via Facebook

The post Tsutaya Books Bukit Jalil Kecewa, Kulit Buku Dijual Dikoyak & Muka Surat Hilang appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*