Cipta Sejarah Baharu, Pengorbit Bulan Pertama Korea Selatan Rakam Gambar Bumi & Bulan Pada Jarak 120km

Rakam Gambar Bumi & Bulan Pada Jarak 120km

Pengorbit Bulan Pertama Korea Selatan Rakam Gambar Bumi & Bulan Pada Jarak 120km

SEOUL — Pengorbit bulan pertama Korea Selatan, Danuri dilaporkan berjaya menghantar gambar berwarna hitam putih yang memaparkan permukaan bulan dan bumi hari ini.

Dinamakan sebagai Danuri, ia merupakan gabungan perkataan Korea yang membawa maksud “Bulan” dan “Nikmatilah”.

Institut Penyelidikan Aeroangkasa Korea (KARI) dalam satu kenyataan berkata, imej yang diambil memaparkan permukaan bulan dan bumi pada jarak kurang dari 120 kilometer (75 batu).

Difahamkan, gambar tersebut diambil antara 24 Disember 2022 dan 1 Januari 2023. Tambahan lagi, Danuri mampu mengelilingi bulan setiap dua jam.

Satelit itu, akan memulakan misi pada bulan depan termasuk pemetaan, menganalisis rupa bumi, bulan dan mengukur kekuatan magnet serta sinar gamma.

Danuri Dedah Gambar Bulan & Bumi Kurang Dari 120km
Gambar: EPA / EFE

Dalam masa yang sama, ia juga bertujuan untuk menguji keberkesanan teknologi “internet angkasa” dengan menghantar gambar dan video ke Bumi.

Sementara itu, Presiden Yoon Suk-yeol memuji pencapaian kebolehupayaan Danuri dan beliau menyatakan ia merupakan sejarah baharu dalam kajian angkasa lepas negara itu.

Korea Selatan telah membentangkan hasrat dan matlamat mereka dalam misi angkasa lepas termasuk membuat pendaratan kapal angkasa di bulan menjelang 2032 dan di Marikh pada 2045.

Terdahulu, Danuri telah dilancarkan bersama roket SpaceX dari Amerika Syarikat (AS) pada Ogos 2022 sebelum memasuki orbit bulan pada Disember lalu.

Sumber: South China Morning Post

The post Cipta Sejarah Baharu, Pengorbit Bulan Pertama Korea Selatan Rakam Gambar Bumi & Bulan Pada Jarak 120km appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*