Ramalan Awal MetMalaysia: Keadaan Hujan Lebat Dijangka Berlaku Menjelang Aidilfitri 

Cuaca Panas Dijangka Berakhir, Hujan Lebat Menjelang Aidilfitri 

Ramalan Awal MetMalaysia: Keadaan Hujan Lebat Dijangka Berlaku Menjelang Aidilfitri 

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) menjangkakan kemungkinan hujan lebat dan ribut petir akan berlaku di beberapa kawasan di Malaysia menjelang Aidifitri nanti.

Menurut Astro Awani, ia selepas tarikh 1 Syawal bakal tiba ketika negara berada pada fasa peralihan monsun.

Pengarah Pusat Operasi Cuaca dan Geofizik Nasional Jabatan Meteorologi Malaysia, Maqrun Fadzli Mohd Fahmi berkata, beberapa begeri yang dijangka terlibat dengan keadaan itu adalah di pantai timur, Sabah dan Sarawak.

“Secara umum untuk seluruh Malaysia, kita jangka hujan di sebelah pagi di negeri-negeri pantai timur, dan juga di selatan Sarawak dan timur Sabah.

“Di sebelah petang, ada aktiviti hujan dan ribut petir di kebanyakan tempat di Sarawak dan pedalaman semenanjung. Itu antara kawasan yang kita jangka mengalami hujan,” katanya seperti dilaporkan Astro Awani.

Namun begitu, beliau menggalakkan rakyat Malaysia untuk menyemak ramalan cuaca di kawasan masing-masing ketika Aidilfitri bagi memudahkan perancangan ziarah-menziarahi masing-masing.

Untuk sebarang maklumat lanjut berkaitan ramalan cuaca, orang ramai dinasihatkan untuk merujuk kepada ramalan dari masa ke masa menerusi laman web www.met.gov.my dan media sosial rasmi METMalaysia.

Orang ramai juga boleh memuat turun aplikasi myCuaca bagi mendapatkan maklumat sahih berkaitan keadaan cuaca terkini di satu-satu lokasi di Malaysia.

BACA: Penghibur Legenda, Jaafar Onn Meninggal Dunia

Sumber: Astro Awani, Jabatan Meteorologi Malaysia

The post Ramalan Awal MetMalaysia: Keadaan Hujan Lebat Dijangka Berlaku Menjelang Aidilfitri  appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*