Cubaan Kalahkan Rekod Dunia, Wanita Ini Menyanyi 126 Jam

Cubaan Kalahkan Rekod Dunia, Wanita Ini Menyanyi 126 Jam

Bulan lalu, Afua Asantewaa Owasu Aduonumm cuba untuk mengalahkan rekod dunia yang sudah bertahan lebih daripada sedekad.

Pemegang rekod itu adalah seorang wanita dari India yang telah memecahkan rekod dengan menyanyi selama 105 jam tanpa henti pada tahun 2021.

Ia merupakan kejayaan yang menakjubkan kerana ia memerlukan seseorang itu untuk memberikan tumpuan sepenuhnya pada nyanyian serta mempunyai tenaga yang baik.

Namun, Afua telah mengatakan bahawa dia telah berjaya mengalahkan rekod itu dengan perbezaan sebanyak 20 jam.

Menyanyi 117 Jam

Wanita itu telah memulakan percubaannya bersejarahnya itu pada malam Krismas dan telah bercadang untuk bernyanyi selama 117 jam supaya dapat mengalahkan rekod lama itu.

Tetapi, dia menyatakan bahawa keadaannya masih baik selepas 117 jam dan mahu meneruskan nyanyian.

Afua telah menyambung nyanyiannya dan telah berhenti setelah nyanyiannya mencecah 126 jam 52 minit atas arahan doktor.

Menurut doktor itu, iaitu Dr Grace Burkman, “Seseorang itu mempunyai had mereka yang tersendiri. Dia telah bernyanyi selama 126 jam, kita perlu berikan tepukan kepadanya.

“Dia telah melakukan yang terbaik dan kami amat berbangga dengannya kerana telah meletakkan nama negara kami ke mata dunia dan telah membanggakan industri muzik,” katanya lagi.

Pun begitu, doktor itu merupakan salah seorang daripada pasukan perubatan yang bertugas untuk menjaga kesihatannya. Dia memintanya untuk berhenti kerana telah bernyanyi dalam masa yang sangat panjang.

“Sebagai pasukan perubatan Afua, kesihatannya adalah keutamaan kami sekarang. Kami perlu pastikan dia berada dalam keadaan yang baik.

“Boleh saja untuk kami biarkan dia menyanyi sehingga tengah hari, tetapi sebagai pasukan perubatan, kami hentikannya dan kami harus melindunginya.

“Keletihan telah mula melanda Afua, jadi kami akan menjalankan tugas untuk memastikan dia mendapatkan rehat yang secukupkannya supaya dia boleh kembali beramah mesra dengan orang ramai,” kata doktor itu lagi.

Selain itu, doktor itu turut memberitahu bahawa Afua mengalami gangguan tidur dan mula menunjukkan tanda-tanda tekanan mental. Oleh itu, mereka telah hentikan percubaan mengalahkan rekod itu.

Kini, wanita dari Ghana itu sedang menantikan pengesahan daripada Guinness Records bahawa percubaannya itu adalah sah.

Sumber: Oddity Central

BACA JUGA: ’12 Tahun Berendam Air Mata Tak Mampu Beri Zuriat’- Isteri ‘Sporting’

The post Cubaan Kalahkan Rekod Dunia, Wanita Ini Menyanyi 126 Jam appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*