Lelaki Ditangkap Menyamar Jadi Teman Wanita Untuk Jawab Ujian Bagi Pihaknya

lelaki menyamar teman wanita

Lelaki Ditangkap Menyamar Jadi Teman Wanita Untuk Jawab Ujian Bagi Pihaknya

Tindakan seorang lelaki yang menyamar sebagai teman wanitanya untuk memperdayakan pegawai peperiksaan menjadi parah apabila ia bertukar menjadi bahan komedi di sebuah pusat peperiksaan di Faridkot Punjab, India, lapor NDTV.

Kejadian tersebut terjadi ketika peperiksaan pekerja kesihatan pelbagai cara yang dijalankan oleh Universiti Sains Kesihatan Baba Farid di Sekolah Awam DAV di Kotkapura dijadualkan pada 7 Januari lalu.

Pemuda dari Fazilka memutuskan untuk menduduki peperiksaan itu selepas teman wanitanya tidak dapat hadir pada hari kejadian.

Lelaki tersebut bertindak untuk memakai sesuatu yang menyerupai teman wanitanya dengan memilih untuk memakai gelang merah, gincu, pottu dan juga pakaian perempuan.

Pun begitu, penyamarannya cepat ditangkap oleh pegawai peperiksaan selepas perasan pemuda tersebut bertindak dalam keadaan mencurigakan.

Pegawai peperiksaan kemudiannya memfailkan aduan kepada polis agar tindakan lanjut dapat diambil.

Menurut polis, lelaki tersebut sanggup berusaha untuk melakukan apa sahaja dan turut menggunakan pengundi palsu dan kad aadhar bagi membuktikan identitinya menyerupai  teman wanitanya.

Pelan yang dirancang berjalan dengan teratur sehinggalah cap jarinya gagal menyamai cap jari calon tulen pada peranti biometrik itu.

Penyamaran lelaki tersebut akhirnya terbongkar dan diketahui oleh pegawai peperiksaan.

Disebabkan pentadbiran menolak permohonan teman wanitanya dan tindakan undang-undang telah dimulakan terhadap lelaki tersebut.

“Kami menerima aduan daripada Universiti Sains Kesihatan Baba Farid dan kami sedang menyiasat perkara itu.

“Kami akan mengambil tindakan sewajarnya selepas menyelesaikan siasatan kami,” kata polis, menurut India Today.

Menyamar sebagai musafir, lelaki curi duit tabung masjid ditahan

Sementara itu di Malaysia, perkara yang sama berlaku di mana seorang lelaki yang menyamar sebagai musafir bagi mencuri tabung masjid sejak awal bulan Januari berjaya diberkas oleh pihak polis.

Menurut Ketua Polis Daerah Lipis, Superintenden Azli Mohd Noor, dalam serbuan kira-kira jam 1.25 pagi di hadapan sebuah rumah di Taman Fah Choon, suspek yang berumur 45 tahun berjaya ditahan.

Tambahnya, pihaknya menerima aduan berhubung kes kecurian tabung Masjid Saidina Abu Bakar dekat Kampung Kuala Lanar semalam. Difahamkan, kecurian itu membabitkan kerugian kira-kira RM150.

Sumber: NDTV

BACA: Menyamar Jadi Doktor Gigi, Tukang Cuci Dipenjara

The post Lelaki Ditangkap Menyamar Jadi Teman Wanita Untuk Jawab Ujian Bagi Pihaknya appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*