Penyamun Maut, Dilanggar Pemandu Kereta Yang Hendak Disamunnya

Cubaan Samun Bawa Padah, Lelaki Maut Dilanggar

Penyamun Maut, Dilanggar Pemandu Kereta Yang Hendak Disamunnya

Seorang lelaki maut dalam cubaan menyamun sebuah kenderaan bersama dua rakannya selepas suspek dilanggar pemandu kenderaan terbabit.

Menurut Sinar Harian, kejadian berkenaan berlaku di hadapan Farmasi Kuala Kedah, kira-kira 6.39 pagi, pada Selasa.

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir pemandu kereta berkenaan cuba disamun oleh suspek yang menunggang dua motosikal.

Salah seorang suspek dilapor memukul cermin hadapan kereta berkenaan hingga pecah dengan menggunakan sebatang objek.

“Akibat ketakutan, pengadu terus memecut keretanya dan semasa cuba melepaskan diri, pengadu telah melanggar salah sebuah motosikal suspek yang cuba menghalang di bahagian hadapan.

“Suspek berusia 29 tahun telah meninggal dunia di tempat kejadian manakala dua lagi rakan suspek telah melarikan diri,” katanya dalam kenyataan media pada Selasa.

Beliau memaklumkan, usaha untuk mengesan suspek yang berjaya melarikan diri sedang giat dijalankan oleh pihak polis untuk siasatan dan tindakan lanjut.

Tambah beliau, kes disiasat di bawah Sekysen 302 Kanun Keseksaan ke atas pemandu kereta dan Seksyen 393 Kanun Keseksaaan ke atas dua orang suspek yang masih bebas.

BACA: Pelajar Kejururawatan Hilang Lebih Dua Minggu, Ibu Mohon Bantuan Orang Ramai – Siakap Keli

Sumber: Sinar Harian

The post Penyamun Maut, Dilanggar Pemandu Kereta Yang Hendak Disamunnya appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*