“Dah Habis PKP Dik,” Kucing Miliki Corak Unik Seakan Pakai “Facemask” Buat Ramai Terhibur

Kucing pakai facemask

“Dah Habis PKP Dik,” Kucing Miliki Corak Unik Seakan Pakai “Facemask” Buat Ramai Terhibur

Bagi penggemar kucing, memelihara haiwan ini bukanlah sekadar haiwan peliharaan semata-mata, tapi ia juga dianggap sudah menjadi sebahagian daripada keluarga mereka.

Melihat keletah anak bulus yang menjadi pilihan orang ramai untuk dijadikan haiwan peliharaan ini juga merupakan salah satu cara untuk menghiburkan kita.

Seperti video tular di media sosial baru-baru ini berkenaan sebuah video seekor kucing yang sedang berbaring santai dilihat seakan sedang memakai topeng muka.

Perkongsian video yang dibuat oleh seorang pengguna akaun TikTok yang menggunakan nama @carkechil telah mendapat perhatian pengguna media sosial tersebut.

Menerusi perkongsian itu, dapat dilihat terdapat seekor kucing yang sedang berbaring santai seolah sedang memakai ‘facemask’ berwarna hitam di mukanya.

Namun sebenarnya ia bukanlah topeng muka perubatan yang sering kita guna sekarang ini, sebaliknya ia hanyalah corak unik kucing berkenaan.

“Nasib dia ada buat lubang untuk bernafas,” tulis kapsyen muat naik video perkongsian tersebut.

Berdasarkan video itu lagi, individu yang merakam kucing berkenaan sempat berborak santai bersama kucing tersebut.

BACA: Patutnya Kena Bayar RM22.40, Sekali Kat Kaunter Cashier Minta RM8 Ja

Kredit TikTok

“Dik oh Dik. Dah boleh buka dah ‘facemask’ tu. Dah habis PKP Dik. Buka ya. Oi pandai pulak dia buka lubang dekat hidung dia. Bagus adik ni ya,” kata individu tersebut di dalam rakaman video tersebut.

Sehingga hari ini, muat naik video berdurasi 18 saat itu telah mendapat jumlah tontonan sebanyak lebih daripada 2.2 juta tontonan.

Menjengah ke ruangan komen video tersebut, rata-rata netizen terhibur dengan muat naik video tersebut. Ramai yang meninggalkan komen mereka selepas menonton video terbabit.

Netizen terhibur dengan corak unik tersebut

Antara komen yang mendapat perhatian adalah:

“Ini betul-betul ikut SOP,” tulis seorang netizen berkenaan kucing tersebut.

Kredit TikTok

“Sumpah aku ingat mask wehhh.. Tak baik ‘face shaming’ dia korang,” tulis seorang netizen yang terhibur.

“Sampai bocor dah ‘facemask’ tu dia pakai,” tulis seorang netizen yang merujuk lubang pada corak di hidung kucing tersebut.

“Kucing sekarang dah pandai buat lawak,” tulis seorang netizen yang terhibur dengan gelagat comel haiwan tersebut.

@carkechil

Nasib dia ada buat lubang untuk bernafas… #catlover #catsoftiktok #funnycat #kucingpakaimask

♬ original sound – CarKechil – CarKechil

Sumber: CarKechil via TikTok

The post “Dah Habis PKP Dik,” Kucing Miliki Corak Unik Seakan Pakai “Facemask” Buat Ramai Terhibur appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*