“Dah Tak Rasa Mengah,” Hilang 20kg, Khairul Aming Kongsi Perjalanan Turunkan Berat Badan

Khairul aming berat badan

“Dah Tak Rasa Mengah,” Hilang 20kg, Khairul Aming Kongsi Perjalanan Turunkan Berat Badan

Bukan sekadar memuat naik kandungan memasak di media sosial, pempengaruh terkenal, Khairul Aming ‘dalam senyap’ mengamalkan amalan pemakanan yang sihat.

Beliau dalam satu video yang dimuat naik di X berkongsi rahsia perjalanannya susut 20 kilogram (kg) berat badan sejak Januari lalu.

“Saya susut 20kg pada 2023. Bermula dengan berat 113 kg dan turun ke 93kg. Hilang 20kg memang rasa life changing. Dulu badan selalu semput dan baju makin tak muat. Sekarang dah mula rasa fit and senang nak buat kerja seharian.

“Ia adalah tahun yang panjang dan saya tidak sabar nak tunggu 2024,” tulisnya.

Gambar: X Khairul Aming

Pengasas Sambal Nyet itu dalam video memberitahu, dia mula mendapat kesedaran mengenai pengambilan makanan berkhasiat pada awal tahun ini (Januari). Ia selepas bajunya mula ketat dan mudah penat sewaktu berjalan.

Berikutan itu, dia mula mengurangkan makanan yang tidak berkhasiat.

“Jadi aku ambil keputusan untuk jaga pemakanan dulu, dan aku cuba masak yang mana aku boleh masak dan nasi semua aku masih makan tapi aku timbang untuk pastikan kalori defisit tu ada setiap hari.

“Jangan suruh aku berhenti makan nasi, aku tak boleh buat, kita duduk Malaysia kena makan nasi,” katanya.

Selepas itu, KA turut mengambil pendekatan lain dengan pergi ke gym yang disediakan di kawasan rumahnya pada bulan Februari. Sebulan kemudian, pempengaruh itu mula memberanikan diri untuk pergi ke gym awam.

BACA JUGA: Tiket Konsert Siti Nurhaliza Laku Keras, “Sold Out” Dalam Tempoh Dua Jam

Jelasnya, dia memfokuskan pada bahagian weight lifting dan banyak lagi namun tidak mengetahui garis panduan yang betul menggunakan alatan gym.

Khairul aming berat badan
Gambar: X Khairul Aming

Sehubungan itu, KA mengambil keputusan untuk menggunakan khidmat jurulatih peribadi bagi mempelajari cara penggunaannya pada bulan April.

Meskipun sibuk berkongsi pelbagai resepi sepanjang umat Islam menyambut bulan puasa, dia memberitahu banyak menghabiskan waktu hariannya di gym dan menjaga pemakanan.

So Say Hello To The New Khairul Aming

Gambar: X Khairulaming

Setelah beberapa bulan, KA mula menyedari berat badannya mulai susut pada bulan Mei

“Dan bila masuk bulan lima eh! Badan dah kecik la… baju muat,” ujarnya dalam video tersebut.

Tambahnya, selepas itu dia hanya meneruskan rutin harian tersebut seperti biasa meskipun kadangkala agak bosan kerana melakukan perkara yang sama.

“Dia satu perasaan yang tak boleh nak jelaskan. Dia bukan sebab muat pakai baju tau, tapi dia rasa fit, rasa yang gembira, yang kita keluar rumah pun tak rasa mengah. Itu satu progress yang aku sangat berpuas hatilah.

“Jadi bulan enam, tujuh, lapan seterusnya aku terusnya workout macam biasa,” katanya.

Dalam masa yang sama, KA turut menasihati orang ramai yang ingin melakukan perubahan diri bagi tahun 2024 untuk sentiasa bersabar dalam diet pemakanan mereka. Lebih-lebih perkara itu mengambil waktu yang lama untuk menampakkan hasil.

I wish you all the best. Semoga maju jaya untuk tahun 2024,” pesannya dalam klip tersebut.

Sumber: X Khairulaming

The post “Dah Tak Rasa Mengah,” Hilang 20kg, Khairul Aming Kongsi Perjalanan Turunkan Berat Badan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*