Dakwa Selalu Dimaki & Dipukul Bos, Viral Pengakuan Lelaki Tergamak Bunuh Majikan Sendiri

lelaki kerat mayat bos

Dakwa Selalu Dimaki & Dipukul Bos, Viral Pengakuan Lelaki Tergamak Bunuh Majikan Sendiri

Rakyat Indonesia digemparkan dengan pengakuan lelaki yang dipercayai telah membunuh majikannya sendiri kerana dendam.

Difahamkan, kejadian ngeri tersebut berlaku di Tembelang, Kota Semerang yang terletak di Jawa Tengah, Indonesia.

Menurut satu video yang dimuat naik Dejurnalis baru-baru ini, suspek yang berjaya ditahan polis mendedahkan kepada media motif disebalik pelakuan tersebut.

Apa yang mengejutkan, suspek yang berusia 28 tahun kelihatan tenang dan mampu tersenyum ketika mendedahkan perbuatan kejamnya.

Katanya, tindakan dia mengerat anggota badan bos sendiri, termasuk kepada dan tangan sebagai simbolik dendam yang terbuku dalam hatinya.

“Kerana dia sering memaki saya. Maka, saya potong bahagian kepalanya, bukannya mulutnya. Tangannya (yang dikerat) sering digunakan untuk memukul saya,” katanya.

Seterusnya, salah seorang wartawan turut bertanya sama ada suspek menyesali perbuatan jenayah yang dilakukannya.

“Tidak menyesal. Kerana dendam saya sudahpun tertunai,” jawabnya dengan raut wajah yang tenang.

Kemudian, wartawan juga bertanya berkenaan layanan dan apakah bentuk perbuatan mangsa hingga menyebabkan dia menyimpan dendam.

“Saya merasa sakit hati kerana sering dipukulnya. Setiap kali ada kesalahan walaupun kecil, pasti dia akan mengangkat tangan,” kata suspek lagi.

Malah, suspek juga dirakam sempat berjenaka apabila ditanya kenapa dia tidak menyerahkan diri kepada polis selepas melakukan jenayah kejam tersebut.

”Kalau terus serah diri, nanti senang kerja polis,” kata suspek sambil ketawa.

Mayat bos ditemui dalam keadaan menyayat hati, lelaki itu kerat kepala dan tangannya

Terdahulu, mayat Irwan Hutagalung, seorang majikan di sebuah perusahaan yang terletak di Semarang, Jawa Tengah ditemui dalam keadaan sadis.

Jasadnya telah dikerat dan dibuang di sekitar kawasan syarikatnya pada Isnin, 8 Mei lalu.

Menurut Kompas, mangsa telah dibunuh dengan menggunakan kuku kambing (crowbar) sebelum jasadnya dikerat dan dibuang.

Pegawai Perhubungan Awam Polis Jawa Tengah, Komisioner Besar Polis Iqbal Alqudusy berkata, hasil bedah siasat mendapati mangsa telah meninggal dunia sejak Jumaat (5 Mei 2023).

“Identiti mangsa yang bernama Irwan Hutagalung disahkan telah meninggal dunia sejak Jumaat,” jelasnya.

Katanya, mangsa (53) telah dipukul terlebih dahulu pada bahagian kening belah kirinya sehingga menembusi rahang kanan mangsa.

Apabila mangsa tidak sedarkan diri, barulah bahagian kepala dan tangan dikerat dan dibuang sespek.

“Kepala mangsa dipukul sangat kuat dengan menggunakan objek tumpul. Hasil bedah siasat mendapati, anggota badan mangsa dikerat dalam keadaan masih hidup.” ujar Iqbal.

Dalam pada itu, petugas polis turut menemui beberapa bahan bukti di tempat kejadian. Antaranya, kuku kambing, tali rafia, pakaian mangsa, setengah guni simen, bantal, dan sebilah pisau yang memiliki sisa simen pada pemegangnya.

BACA: Dapat RM31 Juta Sebab Main Game, Ini 5 ‘Gamers’ Paling Kaya Di Dunia 2023

Sumber: Kompas & Dejurnalis

The post Dakwa Selalu Dimaki & Dipukul Bos, Viral Pengakuan Lelaki Tergamak Bunuh Majikan Sendiri appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*