Dakwa Terkunyah Cebisan Jari Manusia Dalam Salad, Wanita Saman Restoran

terkunyah cebisan jari manusia

Dakwa Terkunyah Cebisan Jari Manusia Dalam Salad, Wanita Saman Restoran

Seorang wanita Amerika Syarikat (AS) bertindak untuk memfailkan saman terhadap sebuah restoran selepas mendakwa salad yang dibelinya mempunyai sebahagian jari terputus yang dipercayai milik pengurus restoran.

Memetik The Independent, kejadian tersebut berlaku selepas wanita itu membeli hidangan di salah sebuah restoran terkenal di New York pada 7 April lalu.

Menerusi tuntutan yang dikemukakan di Mahkamah Agung Westchester Country pada Isnin lalu, wanita itu mendakwa mengalami sakit yang serius selepas mengunyah cebisan jari di dalam salad tersebut.

Wanita itu bukan sahaja muntah dan sakit bahu, bahkan mengalami tekanan traumatik dan gangguan kognitif selepas menggigit jari yang sebahagiannya terputus dalam salad yang tercemar.

Dalam saman itu, ia juga mengatakan pengurus restoran tersebut secara tidak sengaja terpotong jari telunjuknya ketika memotong arugula.

Restoran tersebut dikatakan tidak memberi kenyataan terhadap perkara itu. Mereka kemudiannya didenda oleh Jabatan Kesihatan tempatan sebanyak RM4,000 kerana gagal menjaga kualiti makanan.

Bagaimanapun, dalam saman tersebut wanita itu tidak menyatakan ganti rugi yang diminta daripada pihak restoran selain menegaskan dakwaannya bahawa pekerja restoran tersebut bertindak cuai.

Sementara itu, peguam wanita terbabit, Marc Reibman memaklumkan anak guamnya tidak mempunyai sebarang komen di luar tuntutan mahkamah.

“Dia tidak mahu insiden ini memberikan tekanan dan kebimbangan yang melampau kepadanya,” katanya.

Tambahnya lagi, anak guamnya berhak mendapat pampasan yang besar kerana restoran itu gagal mengawal cara penyediaan dan perkhidmatan makanan yang sepatutnya melindungi orang ramai.

Restoran tersebut mempunyai lebih daripada 70 cawangan di seluruh timur Amerika Syarikat.

Sumber: The Independent

BACA: Pengurus Restoran Maut Terperangkap Dalam Peti Beku

The post Dakwa Terkunyah Cebisan Jari Manusia Dalam Salad, Wanita Saman Restoran appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*