Darah Terpercik Ke Dinding, Kucing Ditemui Mati Bawah Apartmen

kucing mati bawah apartmen

Darah Terpercik Ke Dinding, Kucing Ditemui Mati Bawah Apartmen

Singapura- Seekor kucing dilaporkan mati di flat Boon Lay Drive, kira-kira 350 meter dari blok Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HBD) di sini pada 30 Mac lalu.

Menurut anggota polis, ini merupakan kejadian terbaru selepas kes seekor kucing yang dilaporkan dibuang dari tingkat 22 pada Disember 2022, lapor Mothership.

Memetik Straits Times, dalam kejadian baru-baru ini bangkai kucing oren ditemui berhampiran peti surat di Blok 191 Boon Lay Drive.

Kucing itu disyaki kucing peliharaan atau dibawa ke tempat kejadian di mana ia ditemui mati.

Sementara itu, pengarah eksekutif Persatuan Pencegahan Kekejaman Terhadap Haiwan, Aarthi Sankar berkata bahawa darah kucing itu berlumuran di dinding, kotak surat dan lantai berhampirannya.

Imej yang memaparkan keadaan itu juga turut dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook. Dia juga merayu kepada penduduk yang melihat kejadian untuk tampil membantu siasatan.

Kes itu sudah dilaporkan kepada pihak polis dan kini berada dalam siasatan.

Kejadian buang kucing sebelum ini

Terdahulu kucing berwarna hitam bernama Panther ditemui mati di Blok 186 Boon Lay Avenue pada 14 Disember 2022.

Difahamkan, satu rakaman CCTV memperlihatkan seorang kanak-kanak lelaki  keluar dari lif dan bertindak melemparkan kucing hitam tersebut dari tingkat 22.

Disebabkan kejadian itu, ia mencetuskan kemarahan orang ramai kerana kelihatan sebagai kes penderaan terhadap haiwan yang berlaku secara terang-terangan.

Aarthi Sankar berkata pihaknya telah melawat rumah kanak-kanak itu dan bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk menasihatinya.

“Kes kezaliman kanak-kanak terhadap haiwan agak jarang berlaku dan kejadian ini membuktikan ia penting untuk meningkatkan kesedaran tentang penjagaan haiwan,” katanya.

Dalam pada itu, kaunselor kanan di Perkhidmatan Komuniti TOUCH, Li Feng Ling, berkata bahawa kanak-kanak lelaki itu mungkin bertindak sedemikian untuk melepaskan emosinya atau menarik perhatian keluarganya.

“Apa yang kanak-kanak ini perlukan adalah bimbingan daripada orang dewasa. Ibu bapa harus mempunyai lebih banyak masa untuk berbual dengan anak-anak agar mereka merasa diri mereka disayangi,” katanya.

BACA JUGA: Umur Muda Tapi Muka Nampak Tua, 9 Makanan Mungkin Boleh Jadi Punca

Sumber : Strait Times

The post Darah Terpercik Ke Dinding, Kucing Ditemui Mati Bawah Apartmen appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*