Dari Mana Kekuatan Tiang ‘T’ Jejambat Menampung Beban? Ini Jawab Jurutera

kekuatan tiang t

Dari Mana Kekuatan Tiang ‘T’ Jejambat Menampung Beban? Ini Jawab Jurutera

Kalau perasan, kebanyakan jalan raya menggunakan jejambat berbentuk ‘T’ untuk menghubungkan laluan dan perkara itu pastinya terlintas di fikiran, bagaimana ia boleh menampung beban yang berat dengan hanya ‘berdiri’ di tengah-tengah struktur?

Tidak dinafikan, sebagai orang awam yang tidak mahir dalam bidang tersebut pasti tertanya-tanya apakah di sebalik kebenaran terbentuknya tiang berbentuk ‘T’ itu.

Seorang jurutera, Megat Hisemudin Megat Kasim tampil menjawab persoalan yang sering bermain di minda selepas salah seorang pengguna warga maya bertanya di kumpulan Facebook Tukang Apa Hari Ini.

Pada Selasa, Nor Azri Jappan menggunakan platformnya bertanya tentang perkara itu di kumpulan tersebut hingga meraih perhatian orang ramai susulan soalannya dianggap dalam kategori ‘masuk akal’ dan logik untuk dibincangkan.

Rata-rata warga maya yang meninggalkan komen dalam nada gurauan namun Megat Hisemudin yang memang ahli dalam bidang kejuruteraan awam menerangkan tentang proses tiang itu dan bagaimana ia dicipta untuk disesuaikan pada jalan raya.

Di mana kekuatan tiang ‘T’?

“Nak tanya pakar, di mana kekuatan tiang ‘T’ yang lebar itu? Macam mana boleh tampung beam yang besar dan beban yang berat? Seriau bila lalu bawah,” kata Nor Azri Jappan sambil mengepilkan gambar di hantaran itu.

Kredit: Nor Azri Jappan via Tukang Apa Hari Ini/Facebook

Menurut Megat Hisemudin, dalam reka bentuk konvensional tiang atau disebut jeti jambatan ia menggunakan kaedah konkrit tetulang (RC) di mana dalamnya ada besi dan dituangkan konkrit.

“Dengan kekuatan besi dan konkrit maka ia mampu menanggung bebanan.

“Namun untuk mendapatkan kekuatan yang secukupnya maka bahagian yang melintang atau disebut crosshead itu perlu besar dan reka bentuk ini yang selalu kita nampak pada jambatan,” katanya di ruangan komen hantaran Nor Azri Jappan.

Bagaimanapun, Megat Hisemudin berkata keadaan jalan raya yang sesak membuatkan jurutera perlu memikirkan cara lain dengan menukar reka bentuk agar tidak mengacau pengguna jalan raya selain menjimatkan masa.

“Bahagian tiang saja guna kaedah RC iaitu cara konvensional. Manakala bahagian yang kepak atau crosshead itu dibuat dengan post-tensioned unit.

“Ia dibuat secara berasingan di tempat lain atau di kilang yang kemudiannya dihantar ke lokasi lalu diletakkan di atas tiang dan guna skru. Yang kita nampak itu sebenarnya ada dua struktur yang disatukan,” jelasnya.

Bagaimana kekuatan terhasil?

Mengulas tentang saiz tiang tersebut, Megat Hisemudin berkata ia dibuat dengan nipis dan kecil kerana ia menjimatkan ruang dan juga bahan namun mampu mencapai kekuatan yang diperlukan.

Megat Hisemudin menjelaskan kekuatan itu terhasil kerana menggunakan kaedah post-tensioning.

“Selain daripada besi dan konkrit ia terdapat tendon iaitu tali besi yang telah dimasukkan ke dalam struktur sebelum kita membubuh konkrit.

“Selepas 28 hari kita bubuh konkrit, struktur mencapai kekuatan yang diperlukan. Kemudian tendon atau tali besi tadi kita tarik dengan hydraulic jack dan akhirnya kita lock tendon itu.

“Proses ini dinamakan post tensioning. Struktur ini pula dinamakan Prestressed Concrete atau ringkasnya PC,” ujarnya.

Tidak perlu besar tetapi cukup tampung beban

Kredit: Megat Hisemudin Megat Kasim/Facebook

Tambah Megat Hisemudin lagi, dalam struktur konkrit ada yang dibuat dengan cara RC atau PC.

“Dalam crosshead atau kepak itu telah ada extra kekuatan untuk menanggung bebanan dari atas.

“Sebab itu struktur tak perlu besar gedabak tetapi telah cukup kuat walaupun saiznya kecil,” katanya.

Dalam pada itu, ada juga individu lain yang tahu akan persoalan tersebut turut sama membantu memberi penjelasan tentangnya.

Gambar: Pezall Beshh

“Lebih kurang macam ni bang, kat dalam yang lubang-lubang tu nanti dia masuk cable strand, lepas tu dia tarik sampai la berapa tegang yang dah di design/dikira untuk tampung beban-beban yang dekat atas nanti semua,” kata Pezall Beshh.

Sekarang sudah jelaskan dari mana datangnya kekuatan tiang ‘T’ itu dalam menampung beban? Untuk lebih lanjut, sila lihat hantaran di Facebook ini.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Nor Azri Jappan via Tukang Apa Hari Ini/Facebook

The post Dari Mana Kekuatan Tiang ‘T’ Jejambat Menampung Beban? Ini Jawab Jurutera appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*