Datang Hospital Sebab Batuk, Lelaki Terkejut Dapati Cacing Pita Beranak Pinak Dalam Badan

cacing pita dalam badan

Datang Hospital Sebab Batuk, Lelaki Terkejut Dapati Cacing Pita Beranak Pinak Dalam Badan

Seorang pesakit yang datang ke hospital di Brazil untuk rawatan batuk terkejut selepas mendapati dalam badannya dipenuhi dengan larva cacing pita yang berpintal, lapor Metro.

Dr Vitor Boris P. de Souza, seorang doktor di Hospital das Clinicas Botucat di Sao Paulo telah berkongsi sinar-X yang mengerikan itu di akaun Twitter miliknya.

Dr. de Souza berkata pesakit pada awalnya telah datang ke hospital untuk mendapatkan bantuan rawatan batuk yang berterusan.

Selepas pemeriksaan dilakukan, ternyata pesakit tersebut didapati menghidap cysticercosis, keadaan di mana larva cacing pita telah membiak di dalam usus seseorang.

Keadaan itu juga dipanggil sebagai taeniasis yang disebabkan oleh pelbagai jenis cacing pita yang berbeza.

Namun cacing pita jenis Taenia solium juga dipanggil cacing pita babi yang menyebabkan masalah kesihatan utama, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia.

Biasanya, cacing berbentuk pita pengukur akan memakan usus seseorang dan hanya menyebabkan gejala ringan seperti sakit perut dan cirit-birit.

Manusia boleh dijangkiti cysticercosis jika mereka mencerna makanan seperti daging babi yang mempunyai telur cacing pita di dalamnya yang tidak dimasak dengan sempurna.

Kredit Newsflash

Larva parasit membentuk ketulan keras di sekeliling mereka yang dipanggil sista (cyst) untuk terus bertahan.

Walaupun keadaan ini biasanya tidak berbahaya, larva boleh keluar dari usus dan pergi ke tempat lain seperti mata, paru-paru, otak dan saraf tunjang manusia.

Badan pesakit dipenuhi ketulan parasit larva cacing pita

Perkongsian sinar-X Dr de Souza menunjukkan pesakit dipenuhi titik putih yang tidak terkira banyaknya. Setiap satu diwakili sista yang disebabkan oleh larva cacing pita.

“Cysticercosis diperoleh daripada pengambilan telur cacing pita (dalam najis manusia dengan cacing pita).

“Tidak mahu mendapatkannya, anda kena membasuh makanan dengan baik sebelum memakannya,” kata Dr de Souza.

Menurut Dr de Souza lagi, pesakit sedang menungga imbasan MRI untuk memeriksa lokasi sista dalam otaknya.

Neurocysticercosis yang berkembang di dalam otak boleh menyebabkan sawan, epilepsi, demensia dan buta. Ia merupakan penyakit parasit yang paling biasa dalam sistem saraf manusia.

Jika anda tidak mengalami sebarang kecederaan di dalam kepala, saraf tunjang atau mata, maka anda tidak perlu dirawat,” kata Dr de Souza.

Kira-kira 2.5 juta orang dipercayai telah dijangkiti neurocyticercosis setiap tahun, kata WHO.

Tetapi angka itu mungkin setinggi 8.3 juta dan menjadi masalah bagi komuniti petani luar bandar di kawasan berpendapatan rendah di Asia, Amerika Selatan dan Eropah Timur.

Taenia solium adalah punca kepada 30% kes epilepsi di kawasan endemik di mana babi cenderung berkeliaran. Ia dijangka sebanyak tujuh dalam 10 kes untuk komuniti yang berisiko tinggi, tambah WHO.

Sumber: Metro

The post Datang Hospital Sebab Batuk, Lelaki Terkejut Dapati Cacing Pita Beranak Pinak Dalam Badan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*