“Delivery” Pagi Buta, Lelaki Terkejut Terima Bungkusan Jam 2 Pagi

Terima Bungkusan Pada 2 Pagi, Lelaki Dikejutkan Dengan 'Delivery' Malam-malam Buta

“Delivery” Pagi Buta, Lelaki Terkejut Terima Bungkusan Jam 2 Pagi

Seorang lelaki Singapura berkongsi rasa terkejutnya apabila menerima bungkusan atau delivery pada pagi-pagi buta, 30 November lepas.

Shawn Tan berkongsi pengalaman peribadi tersebut melalui hantaran yang dimuat naik di kumpulan Facebook, Complaint Singapore.

Menurut Shawn, dia merasa amat terkilan kerana tidurnya terganggu apabila menerima notifikasi penghantaran tersebut yang dibuat selepas jam 2 pagi.

Lebih membuatkan Shawn kesal, penghantar bungkusan tersebut adalah individu yang sama yang membuat penghantaran pada jam 11 malam, sehari sebelumnya.

Dalam pada itu, Shawn menjelaskan dia tidak dapat meletakkan telefon bimbitnya pada mod senyap atas faktor kerja.

Justeru, apabila mendengar bunyi notifikasi masuk, dia menyangka notifikasi yang diterima adalah urusan mustahak yang ada kena mengena dengan kerjanya.

Namun ternyata, notifikasi yang diterima menunjukkan maklumat penghantaran bakal dibuat pada waktu yang tidak masuk akal.

Penghantar bungkusan perlu menyelesaikan semua penghantaran walau dalam keadaan tidak sihat

Shawn pada awalnya membalas mesej penghantar tersebut dan memberitahu waktu tersebut sudah lewat serta tidak sesuai untuk dia membuat penghantaran.

Penghantar bungkusan itu kemudian membalas dan memohon maaf dengan situasi tersebut.

Namun, dia menjelaskan terpaksa menyelesaikan penghantaran tersebut walaupun berada dalam keadaan tidak sihat.

Shawn berkata bahawa dia tidak mahu menyalahkan penghantar itu, namun menegaskan situasi tersebut tidak sepatutnya berlaku.

Syarikat penghantaran yang terlibat dengan penghantaran berkenaan kemudian memberi respon dengan perkongsian Shawn.

Kata syarikat tersebut, mereka memandang serius dengan apa yang berlaku dan berjanji akan menyiasat insiden berkenaan.

Syarikat itu turut memaklumkan akan berhubung dengan Shawn dan berterima kasih kerana mengutarakan masalah berkenaan.

Malah, syarikat itu juga menegaskan pihak pengurusan di bahagian penghantarannya perlu mematuhi perjanjian perkhidmatan serta undang-undang buruh dan pekerjaan tempatan.

“Keselamatan dan kesejahteraan rakan kongsi penghantaran kami adalah penting bagi kami. Mereka memainkan peranan penting dalam operasi kami, dan kami amat berterima kasih atas sokongan yang mereka berikan kepada syarikat kami.”

BACA: Tak Perlu Ambil Cuti & Beratur, Ini Cara Nak “Renew” Lesen Memandu Secara Online

Sumber: TNP Singapore

The post “Delivery” Pagi Buta, Lelaki Terkejut Terima Bungkusan Jam 2 Pagi appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*