Konflik Di Sudan: Angka Korban Kini Hampir Cecah 300 – Ketua WHO

Angka korban Sudan WHO

Konflik Di Sudan: Angka Korban Kini Hampir Cecah 300 – Ketua WHO

WASHINGTON, 20 April (Bernama-ANADOLU) — Hampir 300 orang dilaporkan terbunuh akibat pertempuran berterusan antara pasukan tentera dan Rapid Support Forces (RSF) di Sudan setakat ini.

“Keadaan di Sudan semakin membimbangkan dan menyayat hati. Hampir 300 orang telah meninggal dunia setakat ini manakala lebih 3,000 cedera.

“Saya mengecam semua serangan maut, terutamanya serangan ke atas orang awam dan institut kesihatan,” lapor Agensi Anadolu memetik ciapan Ketua Pengarah WHO Tedros Adhanom Ghebreyesus di Twitter pada Rabu.

Beliau berkata akses terhadap bekalan elektrik, makanan, air, kakitangan dan bekalan perubatan semakin berkurangan menjadikan hampir mustahil untuk banyak kemudahan kesihatan berfungsi dengan sempurna apabila terdapat beribu-ribu mangsa yang cedera dan memerlukan rawatan segera.

BACA JUGA: Krisis Sudan: Wisma Putra Usaha Sedaya Upaya Bawa Pulang Rakyat Malaysia – Zambry

Ketua WHO itu mengulangi gesaannya agar semua pihak mematuhi seruan melaksanakan ‘humanitarian pause’, yang menurutnya membolehkan mereka yang terperangkap dalam pertempuran mencari perlindungan.

Orang awam juga akan dapat mengakses makanan, air dan ubat-ubatan dan pesakit boleh mendapatkan penjagaan kesihatan yang diperlukan, kata Ghebreyesus.

“Keamanan adalah satu-satunya penyelesaian,” tambahnya.

Pertempuran kini memasuki hari kelima antara tentera Sudan dan RSF di ibu negara Khartoum dan kawasan sekitarnya.

Sumber: BERNAMA-ANADOLU

The post Konflik Di Sudan: Angka Korban Kini Hampir Cecah 300 – Ketua WHO appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*