Empat Anggota BTS Sedia Mulakan Khidmat Tentera

Empat anggota BTS

Empat Anggota BTS Sedia Mulakan Khidmat Tentera

SEOUL, 22 Nov (Bernama-Yonhap) — Empat anggota kumpulan BTS iaitu RM, Jimin, V dan Jungkook sedang membuat persediaan untuk memulakan perkhidmatan tentera, kata agensi kumpulan itu pada Rabu.

Mereka bakal mengikut jejak langkah tiga anggota lain kumpulan K-pop itu yang berkhidmat dalam pasukan tentera selama dua tahun.

“Kami mengumumkan bahawa RM, Jimin, V dan Jungkook telah mula mengambil langkah yang diperlukan untuk memenuhi tugas ketenteraan mereka.

“Kami akan memberikan maklumat terkini mengenai pendaftaran mereka sebaik sahaja ia dimuktamadkan,” menurut BigHit Music dalam satu kenyataan media, lapor Yonhap.

Keempat-empat anggota BTS itu diberi kebenaran untuk menangguhkan perkhidmatan tentera sehingga akhir tahun ini apabila mereka mencapai umur 30 tahun, di bawah undang-undang kerahan tenaga yang dipinda pada tahun 2020.

Jika RM, Jimin, V dan Jungkook memilih untuk tidak menangguhkan pendaftaran masing-masing, seperti yang dilakukan oleh Jin, J-Hope dan Suga, mereka akan menyertai perkhidmatan itu apabila dimaklumkan oleh pihak tentera.

Pendaftaran mereka berkemungkinan besar berlaku paling awal akhir tahun ini atau awal tahun depan.

BTS berharap dapat disatukan semula sebagai sebuah kumpulan pada 2025, apabila semua anggota dijangka menamatkan perkhidmatan dalam pasukan tentera.

BACA: Lain Dari Lain, Chef Ni Buat Drama Pendek Untuk Kongsi Resipi, Jalan Cerita ‘Plot Twist’ Habis

Sumber: BERNAMA-YONHAP

The post Empat Anggota BTS Sedia Mulakan Khidmat Tentera appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*