Derinkuyu Yang Misteri, Kenali Bandar Bawah Tanah Di Turkiye, Pernah Dihuni 20,000 Penduduk

Bandar Bawah Tanah Misteri Di Turkiye ‘Derinkuyu’, Mampu Dihuni 20,000 Penduduk

Turkiye adalah sebuah negara yang kaya dengan pelbagai sejarah peradaban manusia. Maka, tak hairanlah negara di terletak di atas benua Eropah dan Asia ini kerap dikunjungi oleh masyarakat dunia untuk meneroka kisah silamnya.

Salah satu tempat bersejarah yang boleh dilawati hari ini adalah bandar purba bawah tanah yang dikenali sebagai Elengubu, atau nama modennya, Derinkuyu. Ia merupakan penempatan manusia yang dibina pada kedalaman 85 meter dari permukaan Bumi serta dihubungkan dengan terowong serta mengandungi terowong sebanyak 18 tingkat.

Big Think

Selain ratusan bilik seperti gua yang ditemui pada dinding tanah terbentang sejauh beratus-ratus batu lebih 200 bandar bawah tanah yang bersaiz kecil dan berasingan turut ditemui di kawasan sekitar penempatan ini. Ia bermungkinan bersambung dengan terowong-terowong diatas sekaligus mewujudkan sebuah rangkaian bawah tanah yang besar.

Setakat ini, bandar ini merupakan bandar bawah tanah yang terbesar ditemui di dunia. Bandar ini dipercayai telah didiami oleh manusia sejak lebih ribuan tahun dahulu, bermula daripada era Phrygians lagi sehinggalah pada Era Byzantine.

Setalah didiami oleh manusia untuk satu tempoh yang agak lama, ia kemudiannya telah ditinggalkan pada 1920-an selepas komuniti penghuni terkahir, Greek Cappadocia mengalami kekalahan dalam perang Greek-Turki dan melarikan diri ke Greece.

Kredit: Facebook

Bandar ini ditemui secara tidak sengaja oleh seorang lelaki

Menurut pemandu pelancong yang bersama pihak BBC ketika mengunjungi tempat ini, Suleman berkata Derinkuyu ditemui semula pada 1963 oleh seorang warga tempatan yang asyik kehilangan ayam ternakannya.

Ketika lelaki tersebut sedah melakukan pengubahsuaian rumah, haiwan ternakannya didapati hilang menerusi celahan kecil yang wujud semasa pengubahsuaian dan haiwan tersebut tidak dapat ditemui lagi.

Semasa menjalankan penyiasatan dan sedikit penggalian, lelaki tersebut kemudian menemui sebuah laluan rahsia secara tidak sengaja. Laluan tersebut merupakan salah satu daripada 600 laluan masuk ke bandar tersebut.

Sejurus penemuan laluan ke bandar tersebut, sebuah misi ekskavasi telah dimulakan serta merta dan mendedahkan pelbagai hasil penemuan yang menarik seperti tempat penyimpanan makanan kering, kandang lembu, sekolah, tempat penghasilan arak dan gereja.

Ini merupakan sebuah peradaban manusia yang tersimpan di bawah tanah dengan selamat. Bandar bawah tanah tersebut telah menjadi  tarikan pelancong dan diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia pada 1985.

Kredit: Facebook

Teka-teki mengenai asal usul bandar ini

Walau bagaimanapun, pengkaji masih belum dapat menyelesaikan soalan mengenai waktu bandar ini dibina. Tetapi, terdapat satu perkara yang menarik ditemui dalam karya Anabis yang ditulis oleh Xenophon of Athens kira-kira 370 Sebelum Masihi, iaitu catatan tertua yang menyebut mengenai Derinkuyu.

Dalam karya tersebut, beliau memetik orang-orang Anatolia yang berada di atau berdekatan wilayah Cappadocia, tinggal di bawah tanah iaitu, rumah yang digali, bukannya di kawasan tempat tinggal di tebing gua yang kelihatan lebih popular pada waktu itu.

Kredit: Facebook

Cappadocia sesuai untuk pembinaan bandar bawah tanah

Menurut Andrea De Giorgi, profesor madya bagi pengajian klasik di Florida State University, Cappadocia sangat bersesuaian untuk pembinaan bandar bawah tanah disebabkan kurang kandungan air dalam tanahnya dan selain mudah ditempa dan dibentuk.

“Geomorfologi rantau ini sesuai untuk penggalian ruang bawah tanah,” katanya, menerangkan bahawa batu tuf tempatan agak mudah untuk diukir dengan peralatan yang ringkas seperti penyodok dan beliung.

Pada asalnya, bandar bawah tanah Derinkuyu hanya digunakan untuk penyimpanan barangan dan tujuan utamanya adalah sebagai tempat perlindungan sementara apabila berdepan dengan penceroboh asing.

Hal ini disebabkan, wilayah Cappadocia sering sasaran untuk dikuasai oleh empayar pemerintahan yang berbeza-beza sejak berkurun-kurun lamanya.

“Perubahan pemerintahan empayar dan kesannya ke atas landskap Anatolia menjelaskan sebab wujudnya tempat perlindungan bawah tanah seperti Derinkuyu,” terang De Giorgi.

Kredit: Facebook

“Walau bagaimanapun, pada masa serbuan tentera Islam pada abad ke-7 terhadap Empayar Byzantine yang kebanyakannya didominasi penganut agama Kristian, kediaman ini digunakan sepenuhnya.”

Ketika itu, penduduk yang terdiri dari kaum Phrygians, Parsi, Seljuk dan lain-lain, semuanya mendiami rantau ini dan meluaskan bandar bawah tanah pada abad-abad berikutnya.

Populasi Derinkuyu meningkat sehingga kemuncaknya semasa Era Byzantine, dengan hampir 20,000 penduduk tinggal di bawah tanah. Pada hari ini, anda boleh menghayati realiti kehidupan bawah tanah yang mengerikan dengan hanya 60 lira Turki (RM13.81) sahaja.

BACA: Setiap Pelancong Masuk Ke Thailand Kena Bayar Yuran RM 39 Bermula Jun Ini

Sumber: BBC

The post Derinkuyu Yang Misteri, Kenali Bandar Bawah Tanah Di Turkiye, Pernah Dihuni 20,000 Penduduk appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*