Didakwa Hina Allah, Jurutera China Ditahan Di Pakistan

jurutera China ditahan

Seorang jurutera warga China yang bekerja di sebuah projek di utara Pakistan ditahan polis kerana didakwa membuat kenyataan menghina agama Islam, lapor The Independent.

Jurutera di tapak Projek Kuasa Hidro Dasu di daerah Kohistan, Khyber Pakhtunkhwa itu mencetuskan kemarahan buruh Pakistan dan sekumpulan penduduk di kawasan terbabit.

Difahamkan insiden itu tercetus sebagai tindak balas daripada China yang telah menghentikan seketika kerja di Projek Tenaga Hidro Dasu selepas 10 pekerja China terbunuh dalam serangan pengganas di sebuah bas pada 14 Julai 2021.

Ketika kejadian menjadi lebih parah, jurutera yang masih belum dikenal pasti identitinya membuat kenyataan menghina agama Islam selepas bertikam lidah dengan buruh Pakistan.

Sumber pegawai polis berkata insiden itu berlaku kerana ketidakpuasan hati mengenai kadar kerja yang perlahan semasa bulan Ramadan.

Dia kemudiannya ditahan untuk mengelakkan situasi yang serius berlaku, kata seorang anggota jawatankuasa perhubungan polis tempatan.

Buruh Pakistan yang bekerja di tapak itu mendakwa jurutera tersebut membuat kenyataan jelik dengan menghina Allah.

Kenyataan jelik tersebut mencetuskan kemarahan ramai pihak termasuk buruh warga Pakistan dan orang awam yang rata-ratanya adalah muslim.

BACA: Siti Nuramira Didenda RM8,000 Mengaku Bersalah Hina Agama Ketika Berkomedi

Serang beramai-ramai 

Difahamkan, beratus-ratus orang berkumpul di lebuh raya yang menghubungkan Pakistan ke China sejak insiden itu berlaku.

Sehubungan itu, mereka bertindak untuk menyerang pekerja tersebut pada Ahad selepas meminta untuk berkumpul di luar kem.

Ratusan penduduk kampung dari kawasan berhampiran berkumpul untuk menghalang kerja-kerja di Lebuhraya Karakoram selepas berita itu tersebar.

Kejadian yang berlaku menyebabkan polis dan tentera terpaksa menahan orang ramai menggunakan kekerasan.

Ini kerana mahu memastikan mereka tidak melakukan perkara yang boleh menyebabkan kecederaan kepada pekerja terbabit.

Kira-kira empat jam kejadian itu tercetus, penunjuk perasaan mula bersurai untuk memberi jaminan tindakan undang-undang terhadap pekerja tersebut.

Pemimpin agama tempatan dijangka mengadakan mesyuarat pada Isnin untuk memutuskan sama ada mahu mendaftarkan aduan atas tuduhan menghina agama kepada polis atau tidak.

Difahamkan projek tapak kuasa hidro itu adalah sebahagian daripada inisiatif Belt dan Road Beijing.

Di Pakistan, penghinaan terhadap Nabi Muhammad atau Islam boleh membawa kepada hukuman mati.

Undang-undang itu juga telah digunakan untuk memastikan tiada masyarakat yang berani untuk melakukan perbuatan sedemikian di negara majoriti Islam itu.

Sumber: The Independent

The post Didakwa Hina Allah, Jurutera China Ditahan Di Pakistan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*