Kuala Lumpur: Jawatankuasa First Instance Body (FIB) mengambil tindakan tegas ke atas Kuala Lumpur (KL) City FC dengan mengenakan hukuman berat termasuk didenda secara keseluruhan sebanyak RM 100,000, di potong enam mata dan lesen AFC 2024-2025 dibatalkan selepas didapati bersalah menyediakan dokumen tidak tepat dalam proses pemberian Lesen Kebangsaan.
Menerusi kenyataan rasmi FIB hari ini, mereka menjalankan siasatan dengan menyemak semula kesahihan surat deklarasi kelab.
Antara dokumen yang dilihat adalah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) yang dikemukakan kelab sebelum ini.
FIB mendapati KL City menyerahkan dokumen caruman LDHN,KWSP dan Perkeso yang mengandungi maklumat tidak tepat/tidak benar dan ia disahkan oleh agensi kerajaan sendiri.
Perkara itu bercanggah dengan apa yang pihak pengurusan serahkan mengenai kriteria kewangan pada 31 Ogos 2023 untuk lesen kebangsaan dan 31 Mac 2024 untuk lesen AFC.
Oleh itu, merujuk kepada MFL CLR 2023 bagi Lesen Kebangsaan dibawah artikel 2.4 ‘Licensing Sanctions’, hukuman dikenakan ke atas pasukan KL City FC berdasarkan deklarasi tidak tepat /tidak benar.
“Bagi Lesen Kebangsaan, merujuk kepada sub-kriteria F.04, tunggakan agensi kerajaan setakat 31 Disember 2023 perlu diselesaikan sebelum 30 September 2024.
“Sekiranya pihak KL City FC gagal menyelesaikan tunggakan tersebut secara bayaran penuh pada tarikh akhir yang ditetapkan oleh pihak FIB, kegagalan ini akan dibawa ke pihak FIB dengan merujuk kepada artikel 2.4. Licensing Sanctions” untuk tindakan dan hukuman selanjutnya.
sumber: HM
Untuk denda seterusnya, skuad Warga Kota dikenakan tindakan berdasarkan deklarasi tunggakan tidak tepat / tidak benar dengan merujuk kepada artikel 2.4 (c),(f) & (o).
“Denda pemotongan mata sebanyak enam mata, denda RM50,000 dan larangan perpindahan pemain sehinga penghujung musim 2024/25,” katanya.