Digelar Kedai Serbaneka Paling Menyusahkan Di Dunia, Ketahui Kenapa Ia Terletak Di Cerun Gunung

Kedai serbaneka paling menyusahkan di dunia

Digelar Kedai Serbaneka Paling Menyusahkan Di Dunia, Ketahui Kenapa Ia Terletak Di Cerun Gunung

Sebuah kedai yang digelar sebagai ‘kedai serbaneka paling menyusahkan di Bumi’ tular di media sosial gara-gara lokasinya yang tidak masuk akal, lapor Daily Star.

Kedai yang terletak di Taman Geologi Negara Shiniuzhai di wilayah Hunan, China itu dikatakan berada pada ketinggian 120 meter dari atas tanah dan berada di sisi tebing rata.

Tujuan kedai kayu kecil itu dibina dipercayai untuk membekalkan nutrisi kepada pendaki di taman itu ketika mereka mendaki cerun batu yang berbahaya tersebut.

Gambar lokasi kedai yang luar biasa itu telah disiarkan di laman X oleh seorang pengguna yang menggunakan nama Science Girl.

“Di wilayah Hunan, China, 120 meter di tepi tebing terdapat sebuah kedai yang membekalkan pendaki dengan snek, minuman dan bekalan semasa mendaki.

“Pekerja mengisi semula kedai menggunakan ziplines, untuk menawarkan pengalaman membeli yang unik dengan makanan dan pemandangan ini,” tulis muat naik hantaran itu.

Kedai serbaneka menjual paket kerepek

Sementara itu, akhbar media China CCTV melaporkan bahawa kedai itu menjual barangan seperti paket kerepek.

Hantaran muat naik itu turut dibanjiri dengan pelbagai reaksi komen daripada pengguna media sosial tersebut.

“Ini sangat menarik. Pekerja harus memanjat untuk bekerja setiap hari?” tulis seorang netizen yang teruja dengan apa yang dilihatnya itu.

“Wow, itu sangat luar biasa! Sungguh cara yang inovatif untuk menggabungkan kemudahan dan pemandangan yang menakjubkan,” tulis seorang lagi.

“Apabila anda tersesat dan terpaksa membuat hentian pit mengelilingi tepi tebing untuk mengambil beberapa bekalan! Sungguh mengagumkan,” tambah seorang lagi yang teruja.

BACA: Ramai Lega, Masalah Lif PPR Selesai Selepas Tindakan Ini, Siap Nak Bagi Internet Percuma

Pecah Rekod, Durian “Made In China” Terjual Dengan Harga RM250,000

Sebiji durian pertama buatan China seberat 6.91 kilogram (kg) berjaya dilelong dan dijual dengan harga kira-kira RM247,000, memecahkan rekod dunia selepas bidaan itu dibuat oleh seorang lelaki.

Difahamkan, bidaan awal durian tersebut diletakkan pada harga RM560 dan sesi bidaan itu diadakan di Sanya, Hainan di China.

Susulan negara tersebut secara rasmi memasuki pasaran raja buah-buahan. Ini adalah kali pertama durian yang ditanam di bandar Sanya dijual kepada orang ramai selepas empat tahun menanam.

Menerusi video yang dikongsi oleh @louisong14 di Tiktok, mereka memulakan sesi bidaan dengan baik selepas meletakkan harga permulaan di bawah RM600.

Sumber: Daily Star

The post Digelar Kedai Serbaneka Paling Menyusahkan Di Dunia, Ketahui Kenapa Ia Terletak Di Cerun Gunung appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*