Diiktiraf Miliki Najis Yang Sempurna, Wanita Pemurah Ini Derma Najis Untuk Doktor Jadikan Pil

Najis Yang Sempurna

Diiktiraf Miliki Najis Yang Sempurna, Wanita Pemurah Ini Derma Najis Untuk Doktor Jadikan Pil

Seorang wanita yang dijemput dalam sebuah rancangan televisyen di Britain mendapat pujian dari doktor kerana memiliki ‘najis yang sempurna’ untuk dijadikan penyelidikan perubatan, lapor Daily star.

Dalam rancangan televisyen Know Your S**t yang dihoskan oleh pasangan kembar seiras Alana dan Lisa MacFarlane, mereka menemu bual wanita yang dikenali sebagai Kira, yang mendermakan najisnya untuk perubatan.

Memetik Daily Star, dia telah mendermakan najisnya untuk satu teknik ‘revolusioner’ di mana najis akan diubah menjadi kapsul perubatan untuk dimakan.

Bercakap mengenai najisnya yang sempurna, Kira berkata dia bernasib baik mempunyai didikan yang sangat baik untuk makan makanan yang seimbang dan sentiasa bersenam.

Baca: Boleh Jimat Masa, Ini Cara Nak Buat Umrah 3 Kali Tanpa “Apply” Cuti Panjang

Kira hanya membentuk 2 peratus daripada populasi yang boleh menawarkan najisnya untuk rawatan bagi menyelamatkan nyawa.

Dalam pertukaran yang janggal, dia menyerahkan sebungkus najisnya kepada Dr. Blair Merrick yang memberikan lebih banyak pandangan tentang rawatan itu.

Gambar: Daily Star

“Apa yang kami ingin lakukan ialah mengambil bakteria sihat dari usus manusia dan memberikannya kepada orang yang mempunyai masalah kesihatan, yang kami fikir boleh jadikan lebih baik dengan memperkenalkan semula bakteria sihat itu ke dalam sistem mereka,” jelasnya.

Rancangan tersebut kemudiannya memaparkan video klip najis yang diproses menjadi serbuk untuk pil dalam ujian klinikal.

Dr Merrick kemudian menambah bahawa kaedah biasa juga digunakan dalam bentuk cecair.

Bagaimanapun, terdapat segelintir individu yang tidak berminat dengan idea ‘pil najis’ dan salah seorang daripadanya mengatakan untuk mengabaikan idea tersebut.

Sumber: Daily Star

The post Diiktiraf Miliki Najis Yang Sempurna, Wanita Pemurah Ini Derma Najis Untuk Doktor Jadikan Pil appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*