Dipercayai Wujud Sekitar Tahun 1800, Ini Pokok Yang Pernah Jadi Penanda Sempadan Melaka & N.Sembilan

pokok pemisah sempadan

Dipercayai Wujud Sekitar Tahun 1800, Ini Pokok Yang Pernah Jadi Penanda Sempadan Melaka & N.Sembilan

Tidak dinafikan, terdapat pelbagai rahsia yang masih tersimpan di dalam bumi yang belum diterokai orang ramai. Bukan sahaja itu, banyak monumen dan barangan tinggalan lama yang menjadi misteri dan belum terusik sehingga kini.

Batu surat di Kuala Terengganu (menandakan kedatangan agama Islam), Kota A Famosa (tinggalan kubu sewaktu zaman penjajahan) antara khazanah negara yang tidak ternilai.

Kesemua ini merupakan ”harta karun” dari masa lampau. Oleh itu, ramai ahli arkeologi yang sentiasa membuat kajian tentang sejarah yang terdapat di Malaysia sehingga ke hari ini.

Hari ini, pihak SK akan membawa anda semua mengenali sebuah pokok yang dikenali sebagai “Bangkong Chondong”. Sehubungan itu, untuk mengetahui dengan lebih lanjut, mari kita ikuti perkongsian Persatuan Kartografi Melaka di bawah.

Bangkong Chondong, pokok penanda sempadan

Bangkong Chondong (Di dalam naskah kartografi lama ditulis sebagai Baukow Chondong dan Bakong Chondong) merupakan sebatang pokok yang terpahat di dalam sejarah ratusan dahulu. Ia menjadi penanda sempadan di antara dua buah wilayah pada waktu tersebut iaitu Melaka dengan Johol (Negeri Sembilan). 

Berdasarkan penulisan di dalam buku yang bertajuk The Journal of the Indian Archipelago and Eastern Asia yang diterbitkan pada tahun 1856 dan diedit oleh J.R. Logan, petikan berkaitan Bangkong Chondong adalah seperti di bawah:

Bakong Chondong, a remarkable tree now fallen, but long used by the Malays as a boundary mark.

Diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu:

Bakong Chondong, pokok yang luar biasa kini tumbang, tetapi telah lama digunakan oleh orang Melayu sebagai tanda sempadan.

BACA JUGA: Sejarah Sempadan Melaka-Rembau Mungkin Ramai Tak Tahu

Merujuk kepada sebuah naskah kartografi lama yang bertajuk Malacca Territory with Muar and Lingee Rivers yang dipetik daripada buku Notices of the Indian Archipelago and Adjacent Countries oleh J.H. Moor yang diterbitkan pada tahun 1837 iaitu sekitar hampir 190 tahun yang lalu. Terdapat lakaran yang menggambarkan sebatang pokok yang terletak di kawasan Baukow Chondong (Kini Bangkong Chondong). Berkemungkinan melambangkan pokok Bangkong yang menjadi tanda sempadan di antara dua kawasan yang dinyatakan.

Lokasi Bangkong Chondong juga merupakan sebuah kawasan yang berhampiran dengan Gunung Ledang dan juga Sungai Gemas (Sungai yang bercantum dengan Sungai Muar).

Sumber : Notices of the Indian Archipelago and Adjacent Countries oleh J.H. Moor (1837) The Journal of the Indian Archipelago and Eastern Asia (1856), Analisis oleh Pengkaji Kartografi, Persatuan Kartografi Melaka, Shahrul Azzim Abd Aziz.

Sumber: Facebook Persatuan Kartografi Melaka 

The post Dipercayai Wujud Sekitar Tahun 1800, Ini Pokok Yang Pernah Jadi Penanda Sempadan Melaka & N.Sembilan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*