Diramal Akan Lebih Dahsyat, Ketahui Apa Kaitan Fenomena El Nino Dan Krisis Makanan Global

el nino krisis makanan

Diramal Akan Lebih Dahsyat, Ketahui Apa Kaitan Fenomena El Nino Dan Krisis Makanan Global

Sejak dua menjak ini, dunia sering mengalami perubahan cuaca dan suhu global yang tidak menentu.

Perubahan suhu dan cuaca ini juga telah mendatangkan pelbagai jenis bencana seperti banjir, pencairan ais di Antartika dan lain-lain lagi.

Antara fenomena yang mempengaruhi perubahan ini adalah El Nino dan La Nina, di mana ia berlaku merujuk kepada perubahan suhu panas dan sejuk.

Oleh itu, penulisan pada hari ini akan menfokuskan berkenaan kesan kejadian fenomena El Nino kepada dunia.

Apa itu El Nino?

El Nino ialah corak iklim yang menggambarkan pemanasan luar biasa permukaan air di timur lautan Pasifik tropika.

El Nino memberi kesan ke atas suhu lautan, kelajuan dan kekuatan arus laut, kesihatan hidupan laut dan cuaca tempatan dari Australia ke Amerika Selatan dan seterusnya.

Peristiwa El Nino berlaku secara tidak teratur pada selang dua hingga tujuh tahun.

Walau bagaimanapun, El Nino bukanlah kitaran biasa, atau boleh diramal seperti pasang surut air laut. El Nino dikatakan sebagai rupa air yang suam oleh nelayan di luar pantai Peru.

Kesan El Nino kepada dunia

Pertubuhan Meteorologi Dunia telah mengisytiharkan bahawa peristiwa El Nino pertama telah bermula dalam tempoh tujuh tahun yang lalu.

Pertubuhan itu menganggarkan 90 peratus kebarangkalian fenomena iklim yang melibatkan pemanasan luar biasa Lautan Pasifik akan berkembang menjelang 2023.

Peristiwa El Nino membawa cuaca lebih panas dan kering ke beberapa tempat seperti Brazil, Australia dan Indonesia. Peningkatan suhu ini akan meningkatkan risiko kebakaran hutan dan kemarau.

Kredit AFP

Perubahan suhu ini akan memberikan kesan kepada pengeluaran pertanian dan harga makanan. Terutamanya makanan ruji seperti gandum, jagung dan beras.

Kesan global El Nino adalah kompleks dan pelbagai rupa, ia berpotensi memberi kesan kepada kehidupan majoriti penduduk dunia. Terutamanya penduduk yang miskin dan tinggal di kawasan pedalaman.

Bukti daripada sepuluh kejadian El Nino dalam tempoh lima dekad lalu menunjukkan impak harga global yang agak sederhana.

Walaupun mengurangkan hasil tanaman secara purata, fenomena ini tidak sepenuhnya mendorong kejatuhan harga pasaran global.

Tetapi fenomena ini mungkin memberikan kesan yang teruk kepada negara yang mengalami kejadian tersebut.

El Nino yang sederhana mungkin menjejaskan tanaman yang ditanam di kawasan tertumpu geografi, contohnya minyak sawit yang kebanyakannya berasal dari Indonesia dan Malaysia.

Di sesetengah tempat dan negara, masalah simpanan makanan dan kesan akibat El Nino mungkin membawa kepada masalah yang serius, seperti konflik dan kebuluran.

Kesan kepada bekalan gandum

El Nino diketahui telah mendorong kegagalan tanaman. Tetapi untuk makanan yang ditanam di seluruh dunia, kerugian cenderung diimbangi oleh perubahan positif dalam pengeluaran merentas wilayah pengeluar utama yang lain.

Kredit Shutterstock

Contohnya, ia boleh membawa cuaca yang baik kepada negara Afrika yang dilanda konflik dan kebuluran seperti di Djibouti, Ethiopia, Eritrea dan Somalia.

Carta berikut telah menunjukkan bagaimana El Nino telah menjejaskan pengeluaran gandum di Australia sejak 1980.

Kredit Universiti of Sydney

Dalam enam daripada sembilan peristiwa El Nino dengan kekuatan sederhana, pengeluaran gandum telah menurun dengan ketara.

Dalam empat kes, sekurang-kurangnya 30 peratus di garisan aliran yang mewakili purata simpanan gandum untuk jangka panjang.

Krisis iklim sebelum ini sudah memberi kesan terhadap bekalan tanaman tertentu dan industri makanan. Kehadiran El Nino terkini mungkin akan memberi kesan yang lebih hebat dan ia mungkin akan dirasai pada tahun 2024.

Ketibaan El Nino tahun ini telah diisytiharkan oleh Pertubuhan Meteorologi Dunia (WMO) bahawa terdapat 90% kebarangkalian ia berterusan sehingga akhir 2023.

Ramalan itu dikuatkan lagi oleh sokongan daripada National Oceanographic and Atmoshperic Administration (NOAA) dan Biro Meteorologi Australia.

Terdapat 81% kemungkinan ia akan memuncak dengan keamatan sederhana hingga kuat menurut NOAA, dan dijangka menjadi salah satu peristiwa yang bersejarah.

Kredit BERNAMA

Negara Asia banyak terkesan

Pada awal tahun ini, bekalan minyak sawit global terhimpit apabila Indonesia mengumumkan ia akan menyekat eksport untuk meningkatkan penggunaan domestik.

Tahun lalu, negara yang sama turut mengharamkan sementara eksport minyak sawit berikutan harga minyak masak domestik yang melonjak.

Bulan tengkujuh antara Jun hingga September adalah penting bagi petani di India. Hampir 70% daripada benua kecil itu menerima hujan dalam tempoh tersebut.

Pertanian yang sebahagian besarnya bergantung kepada monsun telah menyumbang sebanyak 20% KDNK buat negara India. Ia mempunyai pengaruh besar terhadap inflasi negara itu.

Kredit AFP

Kekurangan hujan yang disebabkan oleh El Nino boleh menurunkan komoditi seperti beras, gula, bijirin, kekacang dan lain-lain.

Kejadian ini menyebabkan kekurangan bekalan makanan dan seterusnya meningkatkan harga jualan barangan tersebut.

Selain itu, sektor ladang mengupah hampir separuh daripada tenaga kerja di India. Apabila pengeluaran jatuh, ia bukan sahaja menaikkan harga komoditi, ia juga menjejaskan pendapatan yang teruk buat pekerja.

BACA: Ramai Belum Tahu, Ni Cara Nak Dapat Minyak ‘Free’ Setahun Dari Petronas

Sumber: National Geographic, University of Sydney, Just Food, QZ

The post Diramal Akan Lebih Dahsyat, Ketahui Apa Kaitan Fenomena El Nino Dan Krisis Makanan Global appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*