Kanak-Kanak 7 Tahun Maut & Bayi 6 Bulan Parah, Kereta Dipandu Ibu Terbabas

Kanak-Kanak Lelaki Maut, Bayi Parah Apabila Kereta Dipandu Ibu Terbabas

Kanak-Kanak 7 Tahun Maut & Bayi 6 Bulan Parah, Kereta Dipandu Ibu Terbabas

Seorang kanak-kanak lelaki tujuh tahun maut dan bayi enam bulan cedera parah selepas kereta dinaiki bersama empat keluarganya terbabas.

Menurut Sinar Harian, kejadian berkenaan berlaku di Kilometer 57, Jalan Lipis ke Merapoh, Central Spine Road (CSR), kira-kira 6 petang, semalam.

Kanak-kanak tersebut disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Lipis pada 12.05 tengah malam tadi.

Menurut Ketua Polis Daerah Lipis, Superintenden Azli Mohd Nor, siasatan awal mendapati kereta dipandu ibu mangsa telah hilang kawalan.

Kereta yang dipandu wanita itu kemudiannya merempuh besi penghadang jalan di sebelah kiri sebelum terbabas di lokasi kejadian.

BACA: Permainan ‘Lejen’, Clash Of Clans Kini Ditawarkan Dalam Versi PC

Warga emas turut menjadi penumpang kereta yang terbabas

Jelas Azli, kereta tersebut turut bapa wanita berkenaan yang berusia 60 tahun, adiknya bersama empat anaknya. Empat anaknya berusia dalam lingkungan enam bulan hingga tujuh tahun.

Ketika insiden terbabit, mereka sekeluarga difahamkan sedang dalam perjalanan dari Pasir Puteh, Kelantan ke Kuala Lumpur.

BACA: Selepas 31 Oktober, Pengaktifkan Secure2u Kali Pertama Perlu Dibuat Di ATM Maybank

“Apabila sampai di tempat kejadian, pemandu kereta jenis Toyota Vios itu dipercayai hilang kawalan lalu melanggar besi penghadang jalan di sebelah kiri jalan.

“Akibat kemalangan, seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun dan seorang bayi lelaki berusia enam bulan yang berada di tempat duduk penumpang belakang mengalami kecederaan parah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati lokasi kejadian merupakan jalan lurus. Selain itu, keadaan permukaan jalan kering serta cuaca baik ketika insiden tersebut berlaku di lokasi kejadian.

Azli berkata bahawa kes ini disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut akan dilakukan selepas ini.

BACA: Selalu Layari Laman Web, Ini Beza HTTP Dengan HTTPS Selalu Ada Pada “Link URL”

Sumber: Sinar Harian

The post Kanak-Kanak 7 Tahun Maut & Bayi 6 Bulan Parah, Kereta Dipandu Ibu Terbabas appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*