Bekas Jurulatih Menembak MSN Terengganu Bebas Tuduhan Sebabkan Kematian Lelaki

jurulatih msn bebas

Bekas Jurulatih Menembak MSN Terengganu Bebas Tuduhan Sebabkan Kematian Lelaki

KUALA TERENGGANU, 15 Okt (Bernama) — Mahkamah Sesyen di sini hari ini melepas dan membebaskan bekas jurulatih menembak Majlis Sukan Negeri (MSN) Terengganu, daripada pertuduhan menyebabkan kematian seorang lelaki, 13 tahun lepas.

Hakim Nooriah Osman membebaskan tertuduh, 62, selepas mendapati pihak pembelaan berjaya menimbulkan keraguan yang munasabah, terhadap kes pendakwaan.

Peguam Rahmat Hazlan yang mewakili tertuduh ketika dihubungi berkata mahkamah melepaskan anak guamnya, selepas berpuas hati tindakan tertuduh adalah mempertahankan diri selepas diserang menggunakan pisau rambo.

Beliau berkata 21 saksi pendakwaan dan tiga saksi pembelaan termasuk tertuduh dipanggil pada perbicaraan yang bermula 7 Dis 2020 hingga 6 Ogos 2023.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dengan niat menyebabkan kematian Syed Haikar Iskandar Syed Mahdzar, 34, di kawasan semak di belakang sebuah rumah di Gong Badak, Kuala Nerus, antara jam 4.15 petang hingga 4.30 petang pada 1 Feb 2010.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 30 tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Dalam kejadian itu, seorang lelaki ditembak mati selepas cuba memecah masuk ke rumah jurulatih menembak MSN itu melalui pintu belakang.

BACA: Mahkamah Putuskan Suami Dakwa ‘Dimadukan’ Isteri, Masih Kekal Suami Isteri

Jurulatih terbabit yang ketika itu berada di pusat latihan menembak, pulang ke rumahnya selepas dihubungi isterinya yang memaklumkan ternampak kelibat lelaki cuba memecah masuk rumah mereka.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Engku Ahmad Rashdi Engku Abdillah dan Intan Nor Hilwani Mat Rifin, manakala tertuduh diwakili barisan peguam diketuai Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, Rahmat dan Wan Mohammad Arfan Wan Othman.

Sementara itu, menurut kenyataan dikeluarkan Shafee & Co menyatakan kes bahawa anak guamnya telah bermula 10 Feb 2010, apabila beliau didakwa membunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian Syed Haikar Iskandar.

Menurut kenyataan itu, pada 12 Feb 2010 Peguam Negara pada masa itu telah memohon untuk tertuduh dilepaskan tanpa dibebaskan (DNAA).

Kenyataan itu memaklumkan, selepas itu satu inkues telah diadakan pada Mei 2012, yang memutuskan bahawa tertuduh terlibat dalam punca kematian secara jenayah, telah menyebabkan satu proses perundangan yang panjang.

“Pihak pendakwaan yang mengikut keputusan inkues tersebut kemudiannya meminda pertuduhan kepada Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan iaitu menyebabkan kematian” menurut kenyataan itu.

Sumber: BERNAMA

The post Bekas Jurulatih Menembak MSN Terengganu Bebas Tuduhan Sebabkan Kematian Lelaki appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*