Arab Saudi Bakal Bina Taman Tema Dragon Ball Pertama Di Dunia

taman tema dragon ball arab saudi

Taman Tema Dragon Ball Pertama Di Dunia Bakal Dibangun Di Arab Saudi

Taman Tema Dragon Ball pertama di dunia diumum bakal di bina di Arab Saudi tidak lama lagi.

Berita gembira berkenaan dimaklumkan oleh pemilik franchais siri manga dan anime berkenaan, Dragon Ball Official menerusi satu laporan yang diterbitkan di laman web rasminya.

Menurut laporan berkenaan, taman tema berkenaan akan dibina oleh Qiddiya Investment Company di Qiddiya City di Riyadh, melibatkan kawasan seluas 500,000 meter persegi.

Difahamkan, taman tema berkenaan merupakan sebahagian daripada projek gergasi Arab Saudi yang bakal menyokong pertumbuhan sektor pelancongan dan hiburan negara itu.

Dalam pada itu, Dragon Ball Official berkata taman tema itu kelak akan menempatkan pelbagai struktur yang dibina berdasarkan peta dan lokasi ikonik dalam anime tersebut.

Antaranya adalah Kame House, Capsule Corporation dan Planet Beerus. Selain itu, pengunjung juga dapat menyertai pengembaraan Son Goku, bermula daripada episod pertama anime itu sehinggalah kepada siri terbaharu, Dragon Ball Super.

Tarikan-tarikan lain yang ada termasuklah replika Sheron setinggi 70 meter serta alat pengangkutan hiburan seperti roller coaster.

Secara keseluruhan, Taman Tema Dragon Ball itu kelak akan mempunyai lebih daripada 30 buah tarikan yang menghiburkan.

Turut akan dibina di taman tema ini adalah rangkaian perhotelan dan restoran-restoran bagi melengkapkan kemudahan hiburan yang disediakan.

Arab Saudi sedang membangun, fokus sektor pelancongan dan hiburan

Menurut The Independent, Arab Saudi ketika ini cuba mengurangkan kebergantungan kepada ekonomi berasaskan hidrokarbon dengan melaksanakan pelbagai projek mega berkaitan pelancongan dan hiburan.

Misalnya, Qiddiya City merupakan sebuah projek mega yang dibina di atas tapak dua kali ganda lebih besar dari Disney World di Florida, Amerika Syarikat.

Selain Taman Tema Dragon Ball, syarikat itu juga merancang untuk membina sebuah taman tema roaller coster Six Flags di kawasan yang sama.

Menurut The Independent, pelan yang dikemukakan Qiddiya itu memberi petunjuk bahawa bandar berkenaan bakal menjadi destinasi pelancongan yang hebat dengan pelbagai tarikan menarik di masa hadapan.

BACA: Pelajar Kolej Vokasional Ditemukan Meninggal Dunia, 13 Ditahan Bantu Siasatan

Sumber: The Independent, Qiddiya City

The post Arab Saudi Bakal Bina Taman Tema Dragon Ball Pertama Di Dunia appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*