Jadi Tumpuan, Abang Ni Kongsi “Step” Dapatkan Baucar Diskaun Kompaun Trafik PDRM Di SNBJ

baucar diskaun kompaun pdrm

Jadi Tumpuan, Abang Ni Kongsi “Step” Dapatkan Baucar Diskaun Kompaun Trafik PDRM Di SNBJ

Bersempena setahun Kerajaan MADANI mentadbir negara, Pejabat Perdana Menteri (PMO) melalui Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi (PACU) dan Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) selaku urus setia bersama menganjurkan Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI.

Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI  ini dilangsungkan di Perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) Kuala Lumpur bermula hari ini (8 Disember hingga 10 Disember 2o23) selama tiga hari dari jam 9 pagi hingga jam 10 malam.

Menerusi program ini, terdapat pelbagai perkhidmatan yang ditawarkan di sana termasuklah Pengurangan Kadar Bayaran Kompaun Saman PDRM sehingga 50 Peratus. Menarik bukan?

Sehubungan itu, kepada sesiapa yang mempunyai tunggakan saman yang belum dilunaskan boleh hadir ke SNBJ dalam tempoh ini.

Apa Yang  Perlu Anda Buat Jika Datang Ke SNBJ?

Dalam satu hantaran yang dimuat naik oleh pemilik akaun Twitter @nivoslider menjelaskan prosedur pembayaran saman di SNBJ itu.

Ikuti langkah berikut di bawah;

Prosedur Untuk Walk In Bayar Saman Di SNBJ

Bagi mereka yang ingin membuat pembayaran saman PDRM bersempena diskaun bayaran sebanyak 50 peratus boleh datang ke kaunter yang disediakan di SNBJ.

Gambar: Twitter @nivoslider

Meskipun dalam notis pemberitahuan tidak menyatakan lokasi secara spesifik, dia memaklumkan pengunjung boleh terus mencari khemah nombor 2 untuk membuat akses pembayaran.

BACA JUGA: Zayn Rayyan Dipercayai Dibunuh Di Lokasi Lain Sebelum Mayat Diletakkan Di Anak Sungai

Langkah pertama, pengunjung perlu mengimbas kod QR untuk virtual que sebelum memasuki khemah berkenaan.

bayar saman sbnj

Langkah kedua, selepas memasuki khemah nombor 2, pengunjung perlu menunggu sebentar sementara nama dipanggil mengikut nombor giliran masing-masing. Di dalam khemah, terdapat 12 kaunter yang disediakan.

bayar saman sbnj
Gambar: Twitter @nivoslider

Langkah Nak Dapatkan Diskaun 50 Peratus

Masa aku duduk ni, aku nampak koperal edar-edar slip kecik dekat several people..aku macam terdetik nak tanya..

Rupanya dia kata

Tuan : boleh bayar thru apps jugak..

Aku : aik tapi apps tak dapat 50% diskaun?

Tuan : ha dia ada promo code..

Aku : mana nak dapat promo code?

Tuan : ok tuan bukak apps, lepastu key in code ni.. (aku tutup la code tu sebab tu aku punya)

Aku : so kalau saya bayar ni, tak yah beratur dah la?

Tuan : buat dekat rumah pon xpe..

Aku : *hulur tangan nak salam* Terima kasih tuan..

bayar saman sbnj
Gambar: Twitter @nivoslider

Gambar: Twitter @nivoslider

Langkah ketiga, kemudian, pergi ke kaunter dan minta slip seperti ini. Barulah pembayaran saman dapat dikurangkan kepada kadar separuh harga.

Untuk makluman, program ini terletak di zon B. Oleh itu, pastikan orang ramai yang hadir meletakkan kenderaan di kawasan berhampiran zon berkenaan.

Semoga bermanfaat.

Sumber: Twitter @nivoslider, MalaysiaMADANI.com

The post Jadi Tumpuan, Abang Ni Kongsi “Step” Dapatkan Baucar Diskaun Kompaun Trafik PDRM Di SNBJ appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*